Posts Tagged ‘npc’

Adakah Anda dan Kumpulan Kreatif &Inovatif Anda perlu Transformasi kearah Kelas Dunia?Adakah KIK Anda perlu menjadi yang terbaik dalam Organisasi Anda?Adakah Anda menghadapi pelbagai masalah mengurus KIK atau ICC anda?

Ini adalah antara masalah atau fokus KIK pada masa kini (mengikut kajian dan pengalaman Ramli dalam bidang KIK@ICC sejak 1985 lagi):mungkin KIK@ICC Anda ada masalah yang sama dibawah ini…

  • KIK anda “slow” tak boleh selesaikan projek KIK anda dalam masa yang telah dipersetujui dengan JawatanKuasa Pemandu KIK di syrikat atau agensi kerajaan
  • Tema projek KIK anda susah nak dikenalpasti…
  • Ahli2 KIK tidak bekerjasama untuk menjayakan projek KIK
  • Ketua Kumpulan tidak ada pengalaman untuk menjayakan atau mengetuai KIK dalam projek yang di pilih
  • Fasilitator tidak memberi nasihat atau tunjuk ajar pada KIK untuk melaksanakan Putaran PDCA
  • Ahli2 KIK tidak tahu mengapplikasikan Alat2 QC dengan baik,betul dan menyeluruh
  • Tidak ada bahan2 rujukan projek2 KIK dalam agensi atau syarikat untuk KIK yang baru pelajari
  • Tidak ada program latihan khusus KIK dalam syarikat atau agensi kerajaan
  • Jawatankuasa Pemandu KIK tidak ada “guideline” yang baik untuk memastikan Program Perlaksanaan KIK di urus dan dikawal dengan berjayanya
  • KIK masih tidak berjaya memasuki atau layak ke Konvensyen KIK bagi Peringkat Kebangsaan atau Negeri
  • dan banyak lagi isu isu terkini yang dihadapi oleh KIK@ICC terutama di dalam Malaysia dan Rantau ASEAN..sila beritahu Ramli akan masalah atau isuisu KIK anda supaya berjaya di selesaikan dan KIK Anda akan Berjaya dan menjadi World Class!

Hubungi Ramli Abu Hassan (Pakar KMK@KIK / QCC@ICC / MQT sejak 1983 lagi.Ramli juga adalah Pakar Rujuk KMK@KIK untuk INTAN dan telah memainkan peranan penting dalam penubuhan,pembelajaran,peningkatan dan arah tuju KIK@ICC dalam MALAYSIA.Ramli telah berkhidmat dengan Matsushita dan Affin Bank selaku Pengerusi Jawatankuasa QCC dan TQM Manager dari 1980 hingga 1996 dan selalu bekerjasama dengan MPC,INTAN,MAMPU dalam halhal mengenai QCC@ICC dan KMK@KIK tersebut.Ramli juga telah banyak membantu QCC@ICC dan KMK@KIK serta MQT untuk mendapat penghargan sebagai Kumpulan Terbaik seperti Johan QCC Kebangsaan NPC(MPC),Kumpulan Emas 3 Bintang,Johan Kumpulan Sektor E&E dan banyak lagi…

Ramli juga ada membentangkan Kertas Kerja QCC/KMK/MQT di dalam negara dan luar negara seperti di Konvensyen2 dan Forum TQM sejak tahun 1993 hingga sekarang.

Ramli ada menulis pasal subjek QCC@ICC dan KMK@KIK di dalam bukunya bertajuk REVOLUSI AKSI yang diterbitkan pada bulan Mac,2006.

Sila hubungi Ramli untuk sesi latihan,seminar atau khidmat konsultansi di talifon 019-2537165 atau email: ramlipromoter@yahoo.com

sila lihat foto foto kursus QCC@ICC dan KMK@KIK yang Ramli telah anjurkan dan mengambil bahagian:


Late last year 2009,the Government Sector have rebranded their Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) to be known as Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Last year’s National KIK Convention for the Government Sector was held in Nov in Ipoh,Perak.This was the first year KIK was applied and Ramli think there was a smooth transition process from KMK to KIK since many of these teams are basically “penambahbaikan” type of team rather than just “menyelesaikan masalah” type of teams.

For more infos on this KIK Convention,please do visit Intan’s Website at http://www.intanbk.intan.my

Here are some infos for those who want to know more about the basics of KMK->KIK.

Pengenalan:

Sejak 1982 bermulanya Program KMK di Sektor Kerajaan dan QCC di Sektor Swasta,banyak kumpulan KMK dan QCC telah ditubuhkan dan banyak Konvensyen KMK dan QCC berjaya diadakan diseluruh Malaysia samada di peringkat Kementerian,Jabatan atau Agensi Kerajaan dan juga diperingkat Syarikat dan Kumpulan Syarikat.

KMK dan QCC memang telah terbukti membawa faedah ketara dan tidak ketara pada setiap organisasi dan syarikat terutamanya dari aspek peningkatan kualiti,produktiviti,inovasi&kreativiti serta menjimatkan kos,cepat penghantaraan,baik keadaan keselamatan dan lain lain lagi.Yang paling utama kesan perlaksanaan KMK atau QCC adalah dalam usaha membina potensi kemanusiaan (human talent) baik dari pembangunan individu,kumpulan dan organisasi keseluruhannya.

Banyak juga KMK dan QCC telah membuat persembahan projek mereka diluar Negara seperti di Konvensyen ICQCC,IEQCC dan lainlain.QCC adalah sesuatu aktiviti yang Global didunia sekarang.

Ramli Abu Hassan,Pengarah Urusan DPS telah mula mengambil bahagian dalam aktiviti QCC sejak tahun 1979 lagi semasa dengan syarikat Matsushita Electronic Components Malaysia Sdn.Bhd dimana Matsushita telah pun melaksanakan Program QCC mereka lebih awal dari pihak Kerajaan Malayia yang di pelopori oleh INTAN/MAMPU dan MPC.

Pada tahun 1984 Ramli mula mengambil bahagian dengan Program KMK dan QCC di Malaysia apabila Matsushita telah berjaya menghantar pasukan QCC mereka ke Konvensyen QCC anjuran pihak MPC baik di peringkat Wilayah dan Kebangsaan.

Ramli juga dijemput untuk menerangkan akan perjalanan QCC di Matsushita di Konvensyen QCC dan KMK oleh pihak MPC dan INTAN/MAMPU serta menjadi Panel Penilai di Konvensyen Konvensyen tersebut baik di peringkat Negeri dan juga Kebangsaan.Pengalaman Ramli dengan QCC/ICC dan KMK/KIK ini sudah lama sejak 1979 lagi dan penglibatan Ramli bukan di peringkat Malaysia sahaja malahan diperingkat antarabangsa.Sebuah buku yang ada menceritakan akan fakta fakta QCC/KMK ini ada juga dihasilkan oleh Ramli bertajuk “Revolusi Aksi” pada Mac,2006.Ramli dan DPS telah banyak membuat program latihan dan konsultansi QCC/ICC dengan syarikat swasta di seluruh Negara sejak 1996 lagi.

Untuk membantu syarikat dan kementerian kerajaan memahami dan mengimplementasikan usaha KMK/KIK dan QCC/ICC ini,Ramli ada mencadangkan akan Pakej Latihan Kursus KMK/KIK dan QCC/ICC seperti berikut:

Pakej Latihan Kursus Kumpulan Meningkat Mutu (Kualiti) Kerja (KMK@KIK) dari Encik Ramli Abu Hassan dari DPS.Ramli juga adalah antara Pakar Rujuk KMK@KIK pada INTAN.

1.0Latar Belakang (bermulanya) KMK@KIK dan QCC@ICC di Malaysia.

Dengan pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1982,maka bermulalah program KMK pada tahun berikutnya.Agensi agensi kerajaan seperti MAMPU,INTAN dan NPC telah memulakan usaha perancangan awalan mereka dengan mencari segala maklumat dan ilmu mengenai QCC atau KMK serta memastikan agensi dan jabatan kerajaan serta pihak swasta memulakan usaha mereka untuk menubuhkan QCC atau KMK didalam organisasi mereka.

Berdasarkan pekeliling PKPA Bil.7,1991,semua agensi dan jabatan kerajaan dikehendaki menemui hasrat kerajaan agar mewujudkan KMK didalam agensi dan jabatan mereka dan menganjurkan konvensyen KMK diperingkat agensi atau jabatan serta mengambil bahagian dalam konvensyen diperingkat negeri dan kebangsaan jika terpilih dan berjaya.KMK diperingkat perkhidmatan awam kini dikendalikan oleh INTAN dan MAMPU manakala QCC untuk sektor swasta dikendalikan oleh NPC.

KMK atau QCC yang berjaya diperingkat Kebangsaan berpeluang membuat persembahan mereka diperingkat antarabangsa seperti di International Convention for QCC atau ICQCC di seluruh benua Asia seperti di Jepun,Korea,Hong Kong,Thailand,Indonesia,India,Philippines dan di Malaysia seperti pernah di anjurkan pada tahun 1996 di Kuala Lumpur.

(Nota Terkini:Pada Akhir Tahun 2009,Sektor Perkhidmatan Awam  telah mula “rebrand” KMK dengan KIK (Kumpulan Innovatif dan Kreatif) dengan definasi terbarunya serta modus operandinya yang ada kelainan sedikit dengan KMK-harap maklum)

2.0Kenapa KMK (sekarang KIK) masih relevan?

Sejak KMK/KIK di perkenalkan pada 1982 di Malaysia,sungguh banyak kumpulan telah ditubuhkan oleh pihak Kementerian,Jabatan dan Agensi Kerajaan serta pihak Swasta.

KMK telah banyak menyelesaikan projek samada dari aspek penyelesaian masalah dan juga projek penambahbaikkan.Banyak faedah ketara dan tidak ketara telah dinikmati dan hasil dari usaha penyeregaman projek dari aspek SOP (standard operating procedure) atau pun piawiaan (standardization)KMK memang telah menunjukkan relevannya dalam setiap organisasi serta penglibatan ahliahlinya telah banyak membantu untuk “unleash human talent” kepada potensi lebih tinggi dan membantu membina bisnes atau prestasi organisasi mereka kepada tahan yang lebih baik dan berjaya memuaskan pelanggan mereka selalu.Dengan status KMK/KIK terkini,KMK/KIK adalah masih relevan dan sangat penting untuk pembangunan individu,kumpulan dan organisasi.

3.0Objektif  Bengkel KMK@KIK

Seperti bengkel bengkel KMK yang dikendalikan oleh pihak INTAN untuk semua agensi dan jabatan kerajaan,adalah berhasrat agar diakhir bengkel peserta peserta  akan:

  • Mengetahui dan mengenal pasti akan Falsafah,Asas Asas KMK,Objektif KMK dan peranan setiap komponen dalam struktur dan organisasi KMK.
  • Mengetahui mengenai istilah / konsep penyelesaian masalah serta penambahbaikan dalam konteks Sistem Pengurusan Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management-TQM)
  • Mengamalkan inovasi & kreativiti dalam kerja harian
  • Meningkatkan kemahiran menggunakan teknik dan alat alat QC/KMK
  • Meningkatkan kemahiran bekerja secara pasukan (team)
  • KMK dapat menyiapkan projek penyelesaian masalah dan penambahbaikan.
  • Memahami apa itu KIK dengan lebih terperinci (Baru!)

Penting:

Bagi yang berminat untuk belajar,bermula projek KIK serta ingin membuat pertingkatan prestasi KIK mereka,harap hubungi Ramli:

hp:+6-019-2537165

emel: ramlipromoter@yahoo.com

Some videos on QCC@ICC and KMK@KIK: