Posts Tagged ‘projek’

Hari ini Ramli dengar bahawa PM Najib telah syorkan agar rakyat lebih berinovatif dan kreatif supaya prestasi negara akan dapat di tingkatkan dan memenuhi aspirasi negara seperti Wawasan 2020.
Aktiviti KIK@ICC telah pun wujud sejak 1983 dan sudah hampir 31 tahun kita usahakan KIK@ICC di sektor kerajaan dan swasta.
Malangnya penubuhan KIK@ICC sangat lembab dan “slow” hanya segelintir yang berdaftar dan menjalankan projek mereka.
Jika kita analisis KIK@ICC kita akan dapati mereka membuat projek mereka dalam linkungan 12 bulan atau ada yang 18 bulan lamanya dari mula hingga tamat projek mereka.Ini adalah terlalu lama dan bukan lah produktif dan berwibawa!
Di negara Jepun QCC mereka sudah berjaya membuat projek dalam linkungan 4-6 bulan dan penubuhan QCC bukan lah setakat ratusan sahaja malahan sudah ratusan ribu ramainya.
Kita perlu banyak KIK@ICC kerana masalah atau penambahbaikkan yang kita ketengahkan adalah sangat banyak dan hanya dengan banyaknya KIK@ICC di organisasi kita baru lah realistik kita menjadi produktif,kualiti,dan sentiasa membuat Breakthrough dalam kerja atau prestasi kita.
Yang menjadi masalah seperti yang Ramli kaji adalah lembabnya pihak Pengurusan Atasan khususnya dalam mempromosi atau mengalakkan warga kerja mereka untuk melibatkan diri dalam projek KIK@ICC tersebut.Kenapa?
Semasa KMK@QCC dimulakan 1983 dahulu mesej KMK@QCC datangnya dari PM,Menteri2,KSN,KSU2,Ketua Pengarah2 dan Pengarah2.Semua terlibat dan semua ingin tahu perkembangan semasa KMK@QCC mereka.Sekarang KIK@ICC hanya dikhususkan oleh Jabatan Inovasi untuk promosi atau kembangkan,Kenapa?
Pegawai yang bertanggung jawab pun berjawatan rendah bukan tahap Jusa atau M58 seterusnya.Jika ini statusnya tentulah warga kerja akan tidak serious dan takde isu kepentingan atau urgent untuk kewujudan KIK@ICC,betul tak?
Hanya Konvensyen KIK@ICC jadi tumpuan ramai dan ini hanya melibatkan segelintir warga kerja mungkin hanya 5 % kesuluruhan tenaga kerja organisasi.Sepatutnya setiap organisasi patut ada 100% penyertaan KIK@ICC dan ini bermakna jika organisasi anda ada 1000 orang maka jumlah KIK@ICC anda patut ada (1000/10/KIK) = 100 KIK yang wujud.Ini bermakna kita boleh jayakan 100 projek KIK dan pastinya faedah ketara dan tidak ketara akan banyak dan membanggakan.Sekarang kebanyakkannya hanya ada hampir 1-10 KIK dalam organisasi yang 1000 orang tersebut,kenapa?
Ramli fikir usaha BARU dan Azam Baru perlu diwujudkan oleh Pengurusan Atasan dalam memastikan secara 100% Komitmen dan Participation of semua warga kerja dalam projek2 KIK@ICC tersebut.Buatlah azam ini untuk tahun 2015 ini!
Hanya dengan cara atau startegi ini barulah apa yang PM najib hasratkan akan tercapai dengan ratusan ribu inovasi dan projek2 yang membanggakan negara,organisasi dan setiap individu2 kerja.Inshallah.
Bagi yang berminat untuk memulakan KIK@ICC hubungi Ramli Abu Hassan di HP:+6019-2537165 / 0355450975 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com

Ramli bersama Hj.Shafie dan Hj.Tahir telah dijemput oleh pihak JPM untuk menjadi Panel Juri pada Majlis Konvensyen KIK JPM yang diadakan di Dewan Utama Penjara Sg.Udang,Melaka.

Sebanyak 10 KIK dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dan kebanyakan projek KIK mereka sangat menarik penuh inovasi dan kreatif sekali.

Pada hari terakhir Majlis Konvensyen tersebut,Kumpulan CITRA dari Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam telah menjadi Johan dengan tajuk projek mereka iaitu “Kesukaran merampas artikel larangan yang diseludup melalui “kaedah telan”

Naib Johan adalah Kumpulan PERKASA dari Penjara Sungei Buloh,Selangor Darul Ehsan dengan tajuk projek “Penggunaan wartel banduan rendah”

Tempat Ketiga ialah Kumpulan SULUH 3 dari Penjara Kajang dengan tajuk projek “Kesesakan pelawat ditempat lawatan keluarga”

Y.Bhg.Dato’Dr.Ismail bin Alias,Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) serta Y.Bhg.Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar,Komisyiner Jeneral Penjara (KJP) serta Pihak Pengurusan Atasan pihak JPM juga turut hadir pada Majlis Penutupan Konvensyen KIK JPM tahun 2010 yang berjaya dijalankan dengan baik dan membawa impak dengan faedah ketara dan tidak ketara khususnya pada Jabatan Penjara Malaysia dan umumnya pada semua yang terlibat dengan pihak JPM.

Lihatlah foto2 dan video yang Ramli ada rakamkan pada dua hari majlis tersebut: