Dalam beberapa tahun kebelakangan ini sejak 1997,Melayu di Malaysia ditimpa krisis ekonomi,politik,sosial dan soal 2 aqidah agama Islam mereka!
1997 adalah tahun krisis kewangan yang teruk di hadapi Malaysia dan lain2 negara di dunia ini dan matawang Malaysia di “hentam” dengan teruknya hingga tukaran duit RM dengan US menjadi hampir USD 1 = RM 5.00
Sekarang tukaran forex hampir USD1 = RM 3.20 tapi bolehkah Malaysia kekal dari serangan2 “rogue” traders matawang2 yang berkeliaran?
Kemudian Malaysia dilanda banyak skandal politik sejak era Dr.M ke Pak Lah dan diwarisi oleh Najib! Apa makna ini semua? Adakah setiakawan dalam kehidupan Melayu dan lebih penting lagi ikhwan muslimin kita sudah “hancur”,”berkecai” atau “tidak boleh dipakai”lagi?
Adakah Malaysia diperintah atau dipimpin secara “management by fear” atau “mengurus secara ketakutan”? Ini seperti dalam rencana2 saya dulu tidak lah baik dan bagus!Kita perlu mengurus secara demokratik,amanah dan mesra.Adakah Dr.M atau Pak Lah mengurus secara Mgmt By Fear atau sebaliknya.Sekarang Najib mengurus Malaysia secara style apa?By Fear atau No Fear atau kombinasi dua2 nya?
Isu Anwar Ibrahim,parti pembangkang serta pemerintah nampak tak henti2 walaupun pilihanraya sudah tamat macam permainan ini takde “full stop” pada hal pilihan raya sudah tamat jadi apabila keputusan sudah dapat kembalilah bekerja balik dan jangan timbul isu isu baru macam tak sporting je.Lihat pilihanraya Amerika Syarikat,apabila keputusan sudah diketahui maka semua rakyat terima kuputusan
dan kembali ke tugasan mereka.Ini adalah sporting dan gentlemen style bukan macam “mafia” atau “gangster”!
Isu Anwar ini nampaknya tiada henti! Anwar salah atau tidak salah dibicara sepanjang masa macam tiada henti mungkin tunggu Anwar jadi “arwah” atau tua bangka!
Anwar sudah dipenjara,di tumbuk matanya,badan nya habis merana kesakitan,dia juga dimaki hamun,di soal siasat mcm2 cara dan Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.Mana pergi kesetiakawan Melayu atau Ikram Muslimin kita,yang di heboh2 dan di banggakan itu?
Ramli rasa kesianlah pada Anwar yang ada isteri yang baik dan sabar serta anak2 yang baik dan sayang ibubapa mereka.Jika Anwar suka “sex” atau hanky panky,mungkin dia sudah kahwin lagi atau kahwin 4 isteri (yang dibenarkan Islam)
Ramli rasa kes Anwar ini membuat kita orang Melayu macam “kaku dan banggang” atau “numb and dumb” dimana kita tak boleh buat apa2 dan rasa tersalah.This is a lose-lose situation for all Malays!
Jika Anwar ingin berjihad mungkin dia pilih untuk bersara dari politik dan menjadi hamba Allah yang alim,beramal soleh serta bersiap menghadapi hari mautnya!Mungkin ini lebih baik?
Walau bagaimana pun mungkin ini isu Prinsip dan menegak yang benar,jadi Anwar dan pihak2 nya besedia nak “lawan di mahkamah” dan sedia hadapi segala cabaran…bila nak tamat..mungkin apabila Dr.M,Pak Lah,Najib,Anwar dan yang berkenaan dah sakit,meninggal dunia atau sudah insaf dan lebih minat pada sekaratul maut,Inshallah.
Masalah sosial orang Melayu sangat membimbangkan kerana sekarang di tempat yang paling mulia seperti di Masjid atau Surau masih ada perbalahan,pergaduhan dan tiada mesra persahabatan kerana kita ada pihak pemerintah dan pihak pembangkang.Sepatutnya di Masjid semua jemaah adalah sama rata dan bersaudaraan.Takut suatu hari nanti macam di Iraq atau Pakistan,kita ada pihak yang”bom” jemaah dimasjid dan ramai akan mati termasuk kanak2 dan wanita!Jika ini berlaku maka umat Melayu Islam akan semua pergi ke api neraka kerana menjadi murtad dalam aqidah dan kefahaman Islam mereka.Umat Melayu Islam sudah “confirm” menjadi “kaku dan banggang” atau “numb and dumb” kerana sudah tidak tahu apa yang baik dan dibenarkan dalam Islam hakiki.
Faktor ramainya orang Melayu Islam mengikut ajaran sesat sudah menjadi2 dengan teruknya dan dari statistiks dan lapuran khas,nanpaknya Malaysia sedang menuju ke hancuran agama serta jumlah murtad bertambah ramai.Lihat saja isu2 ajaran sesat ayahpin,kiadani,berpuluh ajaran2 sesat (tanya Jakim),riba menjadi2 (lihat je Along2),80% Melayu Islam tak solat 5 waktu harian,kahwin cerai macam goreng pisang dan banyak lagi isu2 aqidah dan fahaman Islam ini.
Maka kesimpulannya,kearah mana kah kita Melayu di Malaysia ini dan “the big picture” or global stand adalah kemana kah Rakyat Malaysia kita ini?Adakah Wawasan 2020 sesuatu destinasi yang sempurna dalam Islam atau yang kaya dah nak menjadi lebih kaya untuk mereka,kuncu2nya dan balachi2 mereka baik yang memerintah atau yang membangkang!
Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui,Maha Besar dan Maha Pengampuni!Inshallah jika niat kita baik dari mula kita lahir atau berfikir sesuatu aksi,maka eloklah Melayu dan Malaysia semuanya.Inshallah.
Yang berminat nak membantu Ramli dari aspek Training and Consulting yang Ramli sediakan serta ingin memberi funding atau amal jariah sila hubungi di HP:+6-019-2537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com
Bank In ke akaun Maybank Ramli Abu Hassan : ACC: 164173649135
YANG BAIK SEMUA DARI ALLAH SWT DAN YANG TIDAK BAIK ADALAH KELEMAHAN RAMLI SENDIRI.HARAP MAKLUM.RAMLI BUKAN DARI PARTI PEMERINTAH ATAU PARTI PEMBANGKANG TAPI DARI PARTI BENAR (AKA ISLAM)