Posts Tagged ‘kerajaan’

Ramli berpengalaman dalam KMK@KIK serta QCC@ICC dan MQT sejak 1980 lagi.Ramli pernah bekerja di Matsushita (sekarang Panasonic) serta Affin Bank Berhad (dulu Perwira Affin Bank/Perwira Habib Bank)

Sila lihat profail Ramli dan pengalaman luas Ramli terutama dalam subjek KIK@ICC ini.

Ramli bersedia untuk membantu dan bekerjasama dengan syarikat2,agensi2,jabatan2 atau mana2 kementerian  kerajaan dalam semua aspek KIK@ICC ini seperti:

  • Ahli atau Ketua Panel Hakim Konvensyen KIK@ICC dari Sektor Pengurusan atau Teknikal
  • Latihan KIK@ICC untuk peringkat BASIC,INTERMEDIATE DAN ADVANCE LEVEL
  • Khidmat Konsultansi untuk penubuhan dan perkembangan KIK@ICC di syarikat atau agensi anda
  • KIK@ICC Knowledge Session untuk semua peringkat kakitangan -Pengurusan Atasan,Pengurus2 dan Pekerja2
  • Merancang strategi dan acara2 KIK@ICC untuk promosi,perkembangan dan penambahbaikkan untuk Prestasi KIK@ICC Anda
  • Hari KIK@ICC atau Bulan KIK@ICC
  • Lawatan sambil belajar (Benchmarking Visit) kepada Organisasi yang Terbaik dalam Prestasi KIK@ICC mereka
  • Latihan “Facililation untuk KIK@ICC” untuk Fasilitator dan Penasihat KIK@ICC
  • Memastikan Budaya KIK@ICC Sentiasa Hidup,Mesra dan Capai Semua Objektif2nya
  • dan banyak lagi aktiviti,latihan dan khidmat runding yang boleh Ramli & Teamnya sediakan dan laksanakan.
Harap talifon Ramli di hp:019-2537165 atau emel segera : ramlipromoter@yahoo.com
Kos Latihan atau Perkhidmatan dari Ramli & Team adalah sangat berpatutan,boleh di runding dan mesra pelanggan.
Sekian,Terima Kasih.
Wassallam.
RAMLI

KIK atau KMK yang dilaksanakan pihak kakitangan kerajaan sejak 1984 adalah sangat penting dan perlu di tingkatkan prestasi mereka setiap tahun.KIK@KMK dan ICC@QCC di Malaysia memang “confirm” telah menjimatkan berjuta2 RM kepada organisasi dan syarikat2 di Malaysia.

Malangnya,banyak syarikat2 dan agensi2 kerajaan ingat ICC atau KIK ini hanya untuk tonjolkan prestasi mereka pada sesi persembahan atau konvensyen2 KIK atau ICC sahaja!Itu anggapan atau approach yg salah!

Projek KIK atau ICC adalah usaha untuk membina Budaya Kerja yang akan meningkatkan prestasi seperti:

  • Q-kualiti
  • C-kos
  • D-delivery atau penghantaraan
  • S-safety atau keselamatan
  • M-moral
  • E-environment
  • lain2
KIK atau ICC perlu membina semangat kerja sebagai kumpulan di tempat kerja mereka secara dinamik,berpasukan,penuh sinergi,banyak idea2 dan cadangan,meningkat prestasi kerja dan banyak lagi faedah ketara dan tidak ketara..
Untuk keterangan lanjut,sila jemput Ramli untuk sesi latihan dan bengkel KIK atau ICC…
talifon Ramli 019-2531765 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com

Pada akhir tahun 2009,pihak Perkhidmatan Awam Malaysia telah mula memperkenalkan aktiviti Kumpulan Inovatif dan Kreatif atau KIK dan pihak MAMPU telah juga menerbitkan Panduan KIK seperti terdapat dalam PKPA yang biasa diumumkan pada semua yang terlibat.

Bagi Kementerian,Jabatan atau Agensi Kerajaan yang telah lama mengwujudkan KMK sejak tahun 1983 dimana KMK atau QCC (lebih dikenali diperingkat global dan juga disektor swasta di Malaysia) telah bermula bertapak dengan PKPA edisi 1991 nya akan senang memahami atau membuat transformasi dari KMK ke KIK.Mengapa?

Ini adalah kerana KMK pada asasnya telah wujud di Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengalakkan kakitangan kerajaan terutamanya dipihak kumpulan sokongan untuk membuat aktiviti penyelesaian masalah ditempat kerja mereka pada suatu tempoh yang mereka setujui serta dengan penglibatan semua ahli kumpulan meningkat mutu kerja mereka (KMK)Mereka juga digalakkan untuk menggunakan alat alat QC dalam proses PDCA mereka untuk menyelesaikan masalah yang mereka telah ketahui dengan sepenuhnya agar masalah ini tidak timbul lagi dan proses kerja mereka kembali seperti biasa mengikut  SOP yang sediada.

Oleh kerana KMK telah berkembang dengan pesatnya selama 25 tahun lebih maka Ramli fikir adalah wajar pihak Perkhidmatan Awam Malaysia ingin membuat suatu transformasi kearah yang lebih maju serta membawa impak kepada prestasi hasil kerja dan proses “delivery” yang lebih efektif dan efisyen kepada pelanggan pelanggan Kementerian,Jabatan dan Agensi yang terlibat itu.Maka transformasi ini dibuat dengan memanggil KMK yang sediada kepada KIK seperti yang juga dilaksanakan oleh pihak MPC(Perbadanan Produktiviti Malaysia) kepada kumpulan QCC mereka kepada ICC (innovative and creative circle) pada tahun 2004 dahulu.

Apa yang sangat penting yang Ramli nak umumkan disini ialah Idea Asas disebalik aktiviti KMK maupun KIK!

Apakah perkara2 yang terpenting itu:

Berpandukan kepada QC Circle Koryo atau Prinsip Prinsip Asas QCC yang di terbitkan oleh pihak JUSE,Japan pada tahun 1980 lagi adalah baik kita memahami perkara2 asas ini,iaitu QCC atau KMK:

1.Menyumbangkan kepada peningkatan dan perkembangan syarikat atau pun pihak kerajaan

2.Menghormati kemanusiaan dan membina satu kehidupan yang penuh bererti dan tempat kerja yang bahagia

3.Mempamerkan kebolehan manusia sepenuhnya dan akhirnya  mencungkilkan kebolehan yang tidak terbatas.

Ini sebabnya QCC atau KMK perlu diwujud dan digalakkan setiap masa oleh pihak Pengurusan dan setiap warga kerja perlu prihatin akan Idea Asas kenapa QCC atau KMK ini penting atau relevan untuk mereka melibatkan diri sepenuhnya dan secara berterusan selagi mereka berada ditempat kerja mereka itu.

Dengan arahan baru untuk mengwujudkan KIK atau ICC ini,diharap agar Idea Asas disebalik aktiviti QCC atau KMK akan dikekalkan dan bukan disalah tafsir atau yang teruk lagi dilupakan oleh pihak Pengurusan Atasan khususnya.

Inilah sebenarnya menjadi asas kenapa QCC atau KMK telah berjaya lama wujud disebabkan Falsafah QCC atau KMK yang harmoni dan sungguh baik untuk mencungkil kebolehan atau Human Talent ini!Jika tiada QCC atau KMK kemungkinan usaha untuk melatih,membina serta mencunkil bakat bakat kakitangan kita akan tidak berjaya,sungguh lambat atau tiada langsung.Inilah satu satunya “contribution to society” yang Ramli lihat dari impak kewujudan QCC dan KMK ini.

Bagi Ramli adalah lebih wajar agar pihak Perkhidmatan Awam Malaysia membuat dua variasi dalam hala tuju membina kakitangan awam mereka ke tahap World Class iaitu:

1.kekalkan format KMK pada kumpulan2 baru yang tidak tahu langsung apa itu sebenar aktiviti QCC atau KMK

2.wujudkan KIK sebagai transformasi kepada KMK yang sediada atau “matured” untuk lebih kearah peningkatan kerja atau membuat aktiviti yang lebih proaktif serta berpandukan kepada elemen inovasi dan kreativiti dimana hasil projek mereka akan membantu meningkatkan prestasi lebih baik dan menukar SOP yang sediada kepada yang baru kerana proses kerja telah dapat di perbaiki samada dari aspek kualiti,kos,penghantaraan,keselamatan,keharmonian pekerja serta alam sekitar.

Hanya dengan 2 cara tersebut yang Ramli cadangkan itu barulah boleh kita pastikan Idea Asas QCC@KMK serta ICC@KIK akan tetap relevan,penting dan membantu pekerja2 kita serta pengurus2 atau pegawai2 mereka terus terlibat langsung dalam peningkatan prestasi kerja mereka dan keharmonian kerja diantara mereka bukan setakat satu projek tetapi berterusan selagi mereka berada didalam tempat kerja yang sama.Itulah sebenarnya Falsafah QCC yang mula2 diilhamkan oleh Professor Kaoru Ishikawa di Jepun sejak tahun 1962 lagi.Inshallah.

Sesiapa yang berminat untuk program latihan dan konsultansi QCC@KMK serta ICC@KIK,sila hubungi:

Ramli Abu Hassan

Principal Consultant

Diversified Promotion & Service Sdn.Bhd. (DPS)

Alamat Pos:

19 Jalan 18/40,40200 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,Malaysia

HP:+6-019-2537165

emel: ramlipromoter@yahoo.com

Profil: http://www.linkedin.com/in/ramlipromoter