Archive for July, 2012

rujukan Wikipedia.

Iman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja ‘aamana’ (أمن) — yukminu’ (يوءمن) yang bererti ‘percaya’ atau ‘membenarkan’. Perkataan Iman yang bererti ‘membenarkan’ itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud:

“Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman.”

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: “Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota.”

Aisyah r.a. pula berkata: “Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.”

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: “Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota).”

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasikmunafik atau kafir.

Rukun Iman

Rukun Iman bagi orang Islam ada 6 perkara iaitu :-

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada malaikat
  3. Percaya kepada kitab
  4. Percaya kepada nabi dan rasul
  5. Percaya kepada hari akhirat
  6. Percaya kepada qada dan qadar

(Lihat juga:Rukun Iman)

Percaya kepada Allah

Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (Tauhid). Konsep keesaan Allah ini adalah mutlak, dan tidak relatif kepada apa apa jua yang wujud di dunia ini. Dalam Surah Al-Ikhlas,

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ o لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ o اللَّهُ الصَّمَدُ o قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Surah Al-Ikhlas, Ayat 1-4

“Katalah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal. Allah tempat meminta. Tidak Dia beranak dan tidak juga Dia diperanakkan. Dan tiada yang serupa denganNya, Dialah Tuhan yang Esa.”

Dalam Bahasa Melayu, perkataan Allah sememangnya dikhaskan untuk merujuk Tuhan dalam Islam. Walaubagaimanapun, perkataan Arab Allah boleh diterjemahkan juga kepada perkataan Tuhan kerana Allah bukanlah nama khas untukNya. Ini berbeza dengan Yahudi, kerana nama Yahweh adalah nama khas tuhan mereka. Walaupun tiada imej visual Tuhan atau gambaran mengenaiNya (disebabkan larangan dalam memuja sesuatu), Muslim mendefinisi Tuhan melalui sifat-sifatNya, yang dikenali sebagai 99 nama Allah.

Wajib bagi orang Islam lelaki dan perempuan yang telah baligh dan berakal untuk mengetahui sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil dan sifat jaizNya, yang jumlah kesemuanya ada 41. Sifat-sifat wajib Allah ada dua puluh, sifat-sifat mustahil juga dua puluh dan sifat harus/jaizNya ada satu.

Allah ialah nama bagi Tuhan yang sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya. Allah yang mengatur dan menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat banyak untuk menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada. Bukan sekadar kita wajib mempercayai bahawa Allah itu ada, bahkan wajib pula kita menyembah NYA.

Untuk hendak mempercayai Allah dan menyembah NYA, manusia wajib mengenal Allah dengan betul. Dan untuk hendak mengenali Allah dengan betul, manusia mestilah mencari dan mengkaji dalil-dalil dari Al Quran, Hadis dan Akal. Jika kita tidak mengenal Allah dengan betul, nescaya akan sesat dan kafirlah kita.

Percaya kepada Para Malaikat

Rencana utama: Malaikat

Rukun iman yang kedua ialah percaya kepada Malaikat. Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Ia berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Keadaan malaikat semata-mata adalah untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah. Malaikat itu tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.

Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah sahaja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka. Iaitu :

  • Malaikat Jibrail : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Ta’ala kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi.
  • Malaikat Mikail : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan, mengeluarkan hasil galian bumi.
  • Malaikat Israfil : Tugasnya untuk meniup “sangkakala” ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.
  • Malaikat Maut : Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat.
  • Malaikat Munkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
  • Malaikat Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
  • Malaikat Raqib : Tugasnya ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.
  • Malaikat Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan.
  • Malaikat Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga.
  • Malaikat Malik : Tugasnya menjaga neraka.

Frman Allah Ta’ala Surah At Tahrim ayat 66:

Malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah mengenai apa yang DIA perintah kepada mereka, dan mereka membuat apa jua perintah oleh-NYA.

Malaikat dijadikan Allah untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu dan berlainan. Setiap tugasan yang diberikan Allah kepada Malaikat, akan dilakukan oleh Malaikat tanpa kompromi.

Zaman sekarang, sudah ada orang yang mendakwa mampu menghalang tugas Malaikat. Ada yang mendakwa boleh “slow talk” dengan ‘Izrail untuk tidak mencabut nyawa seseorang. Sedangkan ‘Izrail yang ditugaskan untuk mencabut nyawa, apabila sudah sampai ajal seseorang sebagaimana yang tertulis di Lauh Mahfuz, ‘Izrail akan menjalankan perintah yang Allah arahkan dengan mencabut ajal makhluk tersebut, tidak cepat sesaat dan tidak lewat sesaat. Begitulah yang diperjelaskan dalam ilmu Tauhid Ahlus Sunnah wal Jamaah. Jelas menunjukkan dakwaan ahli bidaah ini bertentangan dengan Al Quran Surah At Tahrim ayat ke 66. Sekaligus kenyataan dan dakwaan mereka telah membatalkan keIslaman dan keimanan mereka.

Percaya adanya Malaikat yang telah diciptakan oleh Allah untuk melaksanakan perintah Allah. Allah menciptakan Malaikat dari Nur iaitu cahaya. Maka, Malaikat tidak terdiri daripada jisim dan tidak diberikan nafsu untuk makan, minum atau tidur. Malaikat juga tidak mempunyai jantina untuk memudahkan mereka mentaati Allah sepanjang masa.

Percaya kepada Kitab-Kitab Allah

Rencana utama: Kitab

Salah satu daripada Rukun Iman agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.

Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.

Kitab-kitab terbahagi dua:

Suhuf – Pedoman yang tidak begitu lengkap mengandungi hanya hukum-hakam dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya. Jumlah suhuf 100 buah

  • Nabi Allah Shith(a.s) 50 suhuf
  • Nabi Allah Idris(a.s) 30 suhuf
  • Nabi Allah Ibrahim(a.s) 10 suhuf
  • Nabi Allah Musa(a.s) 10 suhuf

Kitab-kitab yang wajib diimankan adalah:

Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.

Percaya kepada Nabi dan Rasul

Rencana utama: Nabi

Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahwa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diredhai Allah. Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat kepada nabi dan rasul. Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya dan umatnya sahaja.

Rasul dan nabi merupakan manusia biasa. Islam menghendaki penganutnya untuk mempercayai setiap nabi dan rasul ini dan tidak membezakan mereka antara satu sama lain. Rasul pula merupakan seorang lelaki yang dipilih untuk menerima wahyu untuk dirinya serta disampaikan kepada orang lain. Dilaporkan terdapat 313 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia. Manakala bilangan nabi pula adalah 124,000 orang (termasuk rasul). Terdapat 25 rasul yang dinyatakan dalam Al-Quran, dan lima dari rasul tersebut adalah Ulul Azmi iaitu; , Nuh,IbrahimMusaIsa dan Muhammad. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.

Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan dilantik selepas kewafatan baginda. Baginda telah menyampaikan peringatan terakhir (iaitu Al Quran dan As Sunnah) kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat.

Rasul diberi tugas oleh Allah. Secara umumnya, tugas nabi dan rasul adalah membawa kebenaran, memberikan khabar gembira dan peringatan kepada umatnya agar mereka menjadi umat yang beriman kepada Allah agar tidak sengsara dunia dan akhirat. Para rasul diberi wahyu oleh Allah yang membuktikan bahwa mereka adalah pembimbing dalam segala amal perbuatannya pantas dijadikan cermin tauladan.

Apakah hikmah atau faedah diadakan Rasul dan Nabi ?

Antara faedahnya ialah Allah mahu diri NYA dikenali. Rasul dan Nabi diutus kepada umat manusia agar umat manusia kenal Allah sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Dengan adanya Rasul dan Nabi, manusia akan kenal dengan tepat dan siapa Tuhan yang sebenar, serta faham pula kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan sebagai seorang makhluk yang diciptakan Allah SWT. Jika seseorang yang diciptakan Allah tidak kenal siapa Tuhannya yang sebenar dan tidak mengakui keagungannya dengan jalan yang sebenar, nescaya sesatlah dirinya dan segala amal kebajikan yang dilaksanakannya tiada nilai disisi Allah.

Sifat-sifat Rasul dan Nabi

Ada 4 sifat yang Wajib bagi Rasul/Nabi. Ada 4 sifat yang Mustahil bagi Rasul/Nabi. Ada satu sifat yang Harus bagi Rasul/Nabi.

1. Siddiq maknanya Benar. Apa yang disabdakan oleh Rasul/Nabi adalah benar dan dibenarkan kata-katanya. Siddiq dan sadiqul masduq. Rasul/Nabi tidak berkata-kata melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KIZZIB (Dusta ). Mustahil Rasul/Nabi mengatakan sesuatu yang tidak dia ketahui dan tidak diwahyukan Allah kepadanya. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

2. Sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi adalah AMANAH. Amanah ialah Rasul/Nabi akan melakukan sesuatu serta melaksanakan hukum-hukum Allah dengan benar dan tepat sebagaimana yang diwahyukan Allah SWT. Dan juga Rasul/Nabi tidak memungkiri janji.

“Barangsiapa yang berdusta atas nama ku, siapkanlah tempatnya di dalam api neraka “ (Bukhari, Muslim )

Maka mustahil Rasul/Nabi bersifat KHIANAT iaitu tidak amanah dan mungkir janji.

3. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat TABLIGH iaitu menyampaikan. Rasul/Nabi menyampaikan kepada umatnya apa yang Allah wahyukan kepadanya. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KITMAN iaitu menyembunyikan.

4. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat FATANAH iaitu bijaksana. Rasul/Nabi mampu memahami perintah-perintah Allah dengan betul dan tepat. Mampu pula berhadapan dengan penentang-penentangnya dengan bijaksana dengan bukti-bukti yang kukuh. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat Jahlun iaitu bebal.

Dan satu sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah iaitu untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa. Seperti ingin makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.

Percaya kepada Hari Akhirat

Rencana utama: Hari Akhirat

Kita wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau akhirat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an. Di terangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan dibangunkan semula. Kerana itu, hari akhirat turut mendapat julukan hari kiamat atau pembangkitan.

Setelah segalanya hancur pada hari kiamat, Allah memerintahkan kepada malaikat Israfil untuk bangun terlebih dahulu dan melaksanakan perintah Allah SWT meniup sangkakala, maka bangunlah nyawa yang telah mati untuk dihadapkan ke pengadilan Allah SWT dan mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya selama di dunia. Itulah hari pembalasan. Siapa yang amalannya lebih banyak dengan kebaikkan akan mendapat kebahagiaan di syurga. Sebaliknya, bagi amalannya lebih banyak yang jahat akan mendapat siksaan dan ditempatkan di neraka.

Percaya kepada Qada’ dan Qadar

Rencana utama: Qadar

Kita wajib percaya bahawa segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi, semuanya itu, menurut apa yang ditentukan dan ditetapkan oleh Tuhan Allah, sejak sebelumnya (zaman azali). Jadi segala sesuatu itu (nasib baik dan buruk) sudah diatur dengan rencana-rencana tertulis atau batasan-batasan yang tertentu. Tetapi kita tidak dapat mengetahuinya sebelum terjadi. Rencana sebelumnya itu Qadar atau Takdir bermaksud ketetapan. Terlaksananya berupa kenyataan, dinamakan Qada bermaksud keputusan perbuatan (pelaksanaan). Sebahagian Ulama’ menamakan takdir itu juga qada dan qada.

 

Yes,the 2012 London Summer Olympic Games will start at the end of July,2012.

Can Malaysia finally win a Gold Medal?

Who will be the Sports Person to win this elusive Gold Medal?

If Malaysia failed again after 55 years of competition then who to take the blame?

Surely,the Management of the sports starting from the OCM and Presidents of the many sports association.

Lets see the results of the coming Olympics at London…..

To make good sales nowadays is so difficult when the world’s economy and corporate performance look bad and poor recovery.There is so much negative indications as to positive growth around the world.If companies dont act quickly and wisely they soon will faced poor performance and have negative growths and worst lose money and may even be wiped out of the corporate map!

What to do now?

usually its best to start a cost savings project by eliminating wastages or errors.The more errors we make the more we lose and not good for our business performance.Dr.Philip Crosby and Dr.JM Juran,both Gurus of Quality once stated that the Cost of Poor Quality(COPQ)can be like 20% of our Sales Volume.The bigger your company the more COPQ in amount of USD or Ringgit will be felt.How to reduce COPQ?

Only by project by project approaches will be best applied to help eliminate wastes and improve business performance.People are encouraged to work my teams approach and by identifying cost savings projects can a company hope for reduction of COPQ and improve performance in areas of Q,C,D,S,M,E and others.

Like in the Malaysian Civil Service with a working population of 1.4 million strong and if they create teams like KIK or QCC then 1.4 million people can form almost 140,000 teams (10 members per team).With 140,000 teams or KIK registered,WOW the number of projects can easily saved millions or billions of Ringgit per year.Its all about commitment,passion for excellence and focus on the mission to make Malaysian Civil Service the best in the world!

How to do it?

Contact Ramli Abu Hassan Training & Consultancy now for advice and training & consulting support.

Call Ramli at mobile:+6-019-2537165 or email: ramlipromoter@yahoo.com

Great Products from all over Malaysia and ASEAN…

Hari ini adalah giliran Ustaz Uda Kassim memberi Kuliah Agama berpandukan kepada Kitab Karangan Asy Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah yang bertajuk Tafsir Fi Zilalil Qur’an (di bawah bayangan Al-Quran)

Pada hari ini Ustaz telah menjelaskan beberapa perkara penting dari ayat 17 dan 18 Surah Al-Hujurat iaitu Surah ke-49.

Diantara perkara2 penting yg Ustaz telah jelaskan adalah:

  • Persepsi kepada Islam adalah sangat penting
  • Tanggapan2 yang kita adakan kepada agama Islam juga akan membentuk banyak persepsi samada Islam itu baik atau tidak terutamanya pada orang2 bukan Islam seperti di Malaysia kini.
  • musuh2 Islam akan sentiasa membawa persepsi yang Islam itu pangganas,ketinggalan zaman,Islam itu jahat,Islam Phobia,Islam Terroris dan lain lain lagi
  • orang yang paling mulia ialah orang yg bertaqwa
  • orang Islam Mukmin mesti percayai dan yakini bahawa Allh SWT telah susun dari azali lagi perjalanan kehidupan kita.Qada & Qadar
  • Kalau kita nak menghitung nikmat Allah SWT tiada terkira banyaknya
  • orang yg bunuh diri adalah orang yg bertanggapan salah dan tidak ada kepercayaan akan qada & qadar
  • Allah SWT sayang pada kita dan akan sentiasa membawa rezeki pada kita-perlu banyak sabar dan tawakal
  • kopiah itu syair dan juga jubah-jadi perlu hidup dan jaga syair kita
  • senyum itu adalah sedeqah jadi orang miskin pun boleh menikmati banyak pahala bukan orang kaya dengan sedeqah wang ringgit mereka je
  • Al-Quran perlu di fahami dengan cara bahasa Arab
  • masalah sekarang ada Melayu Sekular
  • melayu sekular-takde iman
  • Melayu Islam vs Melayu Sekular
  • Zakat adalah usaha nak ambil hak orang miskin dalam poket kita yg mampu berzakat
  • zakat untuk membersihkan harta kita
  • cerita Al-Qutb sebelum digantung telah dilawati oleh adiknya Aminah Qutb dan bertanya adakah Sahid Qutb sesal akan hukuman nya maka Syed Qutb menjawab dengan nasihati adiknya bahawa matinya adalah hanya berhijrah dari alam dunia ke alam baru dan Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang.
  • Sama juga dengan cerita Syeikh Kadir Jalani yang sangat suka sedeqah pada sesiapa yang meminta walaupun seratus kali yang datang
  • Surah Al-Hujurat yang hanya mempunyai 18 ayat telah bermula diajar pada 8/11/11 dan tamat hari ini pada 17/07/12.
  • Kuliah akan datang akan bermula dengan Suarh Al-Fatah-pembukaan Kota Makkah

Ustaz juga berjenaka dengan mengatakan yg ada yg salah tafsir poligami Islam dengan mengatakan “jika perlu nikah lah 2 dan tambah 3 dan kalau mampu nikah 4 tetapi kalau tak mampu hanya 1.Bagi yang tafsir salah maka bilangan wanita yg di nikah jadi 2+3+4+1 = 10 orang..jika bahasa arab tidak di gunakan dengan betul!

Datanglah ramai2 mendengar Tazkirah Ustaz2 pada bulan Ramadan ini dan meluaskan fahaman dan ilmu kita akan hebatnya Islam!

In 2012,Ramli heard reports on massive unemployment especially in Europe  and the numbers of people unemployed are more and rising everyday as compared to be getting hired?

The Euro Financial Crisis have really effected millions of people everywhere and the slowdown in business in Europe have also effected businesses in Asia and other continents.The world is so connected and when one region is affected or slow growth then the rest of the “supply chain” will also be affected and that bring great impact and hardships to families around the world.What to do?

When we have Great Entrepreneurs like Sam Walton or Konosuke Matsushita ,these Great Bosses have modelled their business based on building more bricks and mortar of their buildings around the world and developed businesses like supermarkets and factories where we need to hire thousands of workers per locations  and that helped provide employment and salaries to all involved.Nowadays the Internet Revolution have help reduced manpower in their locations and that also have reduced manpower hirings and reduce the opportunities to earn for a living and also reduced employment.

Jobs are so important to all adults and having a job means the ability to provide or feed a family who depend on their adults to earn a living and helped feed the family.

It is important World Leaders seek to encourage businesses that helped hire lots of people and do not develop models where hiring is minimal and may seem to impact the social well being of the world’s population.

Lets hope we have more Walton’s who no hire more than 1 million employees around the world and Matsushita who helped build factories around the world to produce electric and electronic products.

Rewards and Recoqnitions must be awarded to Great Entrepreneurs not just for making great profits but helped employ many people to have a job and earned a decent living!

Ramli can be contacted at mobile:+6019-2537165 or emailed at:   ramlipromoter@yahoo.com

 

 

Living well with all the basics of living like clean water,consistent electricity supply,clean environment,well behaved people,good values practised and cooperation among friends and neighbours will be a prerequisite for better living and peaceful life.

However in Malaysia especially in many Klang Valley areas the neighbourhood or housing areas are disappointing where the conditions are:

  • too congested with people,cars,motorbikes and even small lorries
  • apartments are mostly congested with people
  • difficult to drive through,parking is a nightmare
  • rubbish thrown everywhere and anyone
  • living at peace is never easy
  • life is really a “rat race”
  • no caring,not mush love for thy neighbour
  • more incidents that trouble the hearts and minds rather having peace of mind and living with calm and enjoying the environment
  • and many more

So what to do?

We need to improve all the above to conditions that make living right,more quality,more productive and safe for the people and environment..

See some photos that Ramli have taken to show the poor conditions of living by many of us at apartments and high rise dwellings especially on areas of cleanliness and parking problems:

This slideshow requires JavaScript.