Posts Tagged ‘ustaz uda kassim’

Hari ini adalah giliran Ustaz Uda Kassim memberi Kuliah Agama berpandukan kepada Kitab Karangan Asy Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah yang bertajuk Tafsir Fi Zilalil Qur’an (di bawah bayangan Al-Quran)

Pada hari ini Ustaz telah menjelaskan beberapa perkara penting dari ayat 17 dan 18 Surah Al-Hujurat iaitu Surah ke-49.

Diantara perkara2 penting yg Ustaz telah jelaskan adalah:

  • Persepsi kepada Islam adalah sangat penting
  • Tanggapan2 yang kita adakan kepada agama Islam juga akan membentuk banyak persepsi samada Islam itu baik atau tidak terutamanya pada orang2 bukan Islam seperti di Malaysia kini.
  • musuh2 Islam akan sentiasa membawa persepsi yang Islam itu pangganas,ketinggalan zaman,Islam itu jahat,Islam Phobia,Islam Terroris dan lain lain lagi
  • orang yang paling mulia ialah orang yg bertaqwa
  • orang Islam Mukmin mesti percayai dan yakini bahawa Allh SWT telah susun dari azali lagi perjalanan kehidupan kita.Qada & Qadar
  • Kalau kita nak menghitung nikmat Allah SWT tiada terkira banyaknya
  • orang yg bunuh diri adalah orang yg bertanggapan salah dan tidak ada kepercayaan akan qada & qadar
  • Allah SWT sayang pada kita dan akan sentiasa membawa rezeki pada kita-perlu banyak sabar dan tawakal
  • kopiah itu syair dan juga jubah-jadi perlu hidup dan jaga syair kita
  • senyum itu adalah sedeqah jadi orang miskin pun boleh menikmati banyak pahala bukan orang kaya dengan sedeqah wang ringgit mereka je
  • Al-Quran perlu di fahami dengan cara bahasa Arab
  • masalah sekarang ada Melayu Sekular
  • melayu sekular-takde iman
  • Melayu Islam vs Melayu Sekular
  • Zakat adalah usaha nak ambil hak orang miskin dalam poket kita yg mampu berzakat
  • zakat untuk membersihkan harta kita
  • cerita Al-Qutb sebelum digantung telah dilawati oleh adiknya Aminah Qutb dan bertanya adakah Sahid Qutb sesal akan hukuman nya maka Syed Qutb menjawab dengan nasihati adiknya bahawa matinya adalah hanya berhijrah dari alam dunia ke alam baru dan Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang.
  • Sama juga dengan cerita Syeikh Kadir Jalani yang sangat suka sedeqah pada sesiapa yang meminta walaupun seratus kali yang datang
  • Surah Al-Hujurat yang hanya mempunyai 18 ayat telah bermula diajar pada 8/11/11 dan tamat hari ini pada 17/07/12.
  • Kuliah akan datang akan bermula dengan Suarh Al-Fatah-pembukaan Kota Makkah

Ustaz juga berjenaka dengan mengatakan yg ada yg salah tafsir poligami Islam dengan mengatakan “jika perlu nikah lah 2 dan tambah 3 dan kalau mampu nikah 4 tetapi kalau tak mampu hanya 1.Bagi yang tafsir salah maka bilangan wanita yg di nikah jadi 2+3+4+1 = 10 orang..jika bahasa arab tidak di gunakan dengan betul!

Datanglah ramai2 mendengar Tazkirah Ustaz2 pada bulan Ramadan ini dan meluaskan fahaman dan ilmu kita akan hebatnya Islam!

Tadi diMasjid Nahdhah Al-Islam Seksyen 18 Shah Alam dimana Ramli menjadi ahli kariahnya ada Kuliah Agama Mingguan setiap Selasa yang dipimpin oleh Y.M.Ustaz Uda Kassim.Pada malam ini,Ustaz telah huraikan ayat ke 6 Surah Fatihah dan semua aspek akan kepentingan ayat ini dan segala cerita2 yang sangkut paut dengan ayat ini.

Diantaranya yang Ramli selalu catit apabila ada kuliah atau ceramah agama di Masjid Nahdhah yang di Rahmati Allah SWT adalah seperti cerita seorang ibu yang terpaksa merebus batu di dalam periuknya agar anak2 nya memikirkan yang ibu mereka sedang memasak sesuatu makanan untuk mereka dan hanya perlu sabar dan tunggu masakan itu siap.Seperti ceritanya,Saidina Umar ra adalah seorang Khalifah yang terunggul seperti juga Sahabat2 nya yang lain seperti Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra,Saidina Othman Affan ra dan Saidina Ali kja.

Saidina Umar ra sedang membuat rondaan malamnya disekililing kota dan agak hairannya mengapa seibu ini sedang merebus batu dalam periuknya?Adakah batu itu boleh dimakan?Apabila bertanya pada siibu itu maka barulah Saidina Umar ra ketahui yang ibu itu hidup dalam kemiskinan dan tiada duit untuk membeli makanan untuk anak2 nya yang ramai dan memerlukan itu!Maka,Saidina Umar ra amat sedih dan dukacita kerana dia sebagai Khalifah tidak prihatin akan nasib Rakyatnya yang hidup miskin wal hal ramai rakyat di negara itu ada yang hidup mewah dan makanan sentiasa ada untuk dimakan dan diminum.

Dengan spontan Saidina Umar ra terus ke Baitulmal dan mohon diberi makanan seperti gandum untuk siibu ini dengan segera.Saidina Umar ra sendiri ingin memikul guni gandum itu dan tidak membenarkan pegawainya untuk berbuat demikian kerana itu adalah tanggung jawabnya sendiri yang beliau rasa perlu penglibatan dan komitmennya.Sampai kerumah ibu itu,Saidina Umar ra pun bantu memasak dan menyediakan makanan dari gandum itu mungkin dibuat roti2 dan apabila siap,Saidina Umar ra mengajak anak2 siibu itu untuk makan dan kenyangkan perut2 lapar mereka.Ini adalah suatu pengajaran pada kita semua terutama sebagai pemimpin2 atau Ahli Parlimen atau ADUN dimana kita perlu prihatin akan nasib rakyat2 kita supaya mereka mendapat jagaan,layanan dan kasih sayang dari kita setiap masa supaya tiada suara keluarga yang hidup kelaparan,tiada rumah tempat tinggal dan tiada pertolongan untuk mereka yang miskin,sengsara dan yang daif atau perlu bantuan segera.

Al-Quran dan Hadis2 Nabi Muhammad saw adalah rujukan yang terbaik pada Umat Islam keseluruhannya dan kita perlu yakin akan kebenaran Al-Quran dan Hadis2 yang banyak mengajar kita cara kehidupan yang terbaik dan mulia seperti Rasullullah saw buktikan dengan cara kepimpinannya serta cara hidup Baginda saw yang penuh kesederhanaan hingga kadang2 sangat menyedihkan dimana Rasullullah saw lebih suka melihat umatnya bahagia dan dibelai dari apa yang Baginda saw ada kerana itulah Rasullullah saw,hamba Allah SWT yang terpuji dan disayangi oleh Allah SWT sepenuh2nya.

Khalifah2 Islam seperti Saidina Abu Bakar ra,Saidina Umar ra,Saidina Uthman ra dan Saidina Ali kja semua mendapat didikan,tunjuk ajar dari Nabi Muhammad saw dan dengan “coach” dan hidup berjemaah mereka setiap masa dengan Nabi Muhammad saw mereka juga mewarisi sifat2 dan budi pekerti mulia seperti Rasullulah saw.Alhamdulillah.

Dalam era 1431 hijrah ini dan seterusnya,semoga Umat Islam akan menjiwai budipekerti dan “leadership qualities” seperti Saidina Umar ra dan Rakyat jelata mendapat hidup penuh kasih sayang,dijagai,dibantu dan dipupuk dengan nilai2 murni serta sentiasa bekerja keras serta berdoa pada Allah SWT untuk mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT.Inshallah.