Posts Tagged ‘PRU13’

Based on many surveys,the Gen Y (those ages 16-30 yrs old) have shown an indication of not favouring the BN and even the BA! How come and why?

Gen Y are the new “kids on the block” and they are basically first time voters (in Malaysia one can vote when they are 21 years old)

Gen Y live in the era of Digital and Knowledge Revolution and life is centred on ICT and their culture also revolves around all things digital!

The Gen Y are fast moving people with their own preferred way of life (culture) and they are most comfortable with leaders and management that understand their culture and likes and dislikes.

Gen Y Group and also estimated to comprise the more than 3 million new voters can help determine the new govt in power come 13th Malaysia’s General Elections which maybe on in 2012 or earlier?

If BN or BA are not infavour by Gen Y,then they must have a new Political Party to represent them?Which party is/are in existence can assist them?

These are new developments  and only the fast,smart and active people can make this happen for the Gen Y and also subsequent Gen Ys’ !

Some Videos to better understand all about People,Generation Groups,Science of Genomics etc…



 

Pilihanraya Umum yang ke-13 mungkin pada 2012 (PRU 13)atau awal lagi akan membawa banyak impak dan harapan Malaysia kearah negara maju dan perjuangan untuk membawa Rakyatnya ke ekonomi yang terbaik,stabil dan kesejahteraan pada semua Generasi iaitu Gen Z,Gen Y,GenX,Baby Boomers,Senior Gen!

Tahun 2012 akan lihat ramai Gen Y ini mula mengundi kerana diMalaysia sesiapa yang mencapai umur 21 tahun layak mengundi di Pilihan Raya Umum Malaysia.

Golongan atau peratus Gen Y diMalaysia adalah sangat ramai sekarang dan jika parti2 politik tidak sedar akan faktor ini maka mereka akan menyesal kemudian kerana Gen Y akan membantu dalam menegakkan Kerajaan Baru pada PRU13.Undi mereka sangat dihargai dan diperlukan oleh parti2 politik.

Siapa kah Gen Y ini?

Mereka adalah anak2 muda kita yang baru tamat pengajian mereka di Universiti2 dan Kolej2.Mereka adalah “darah  muda” yang perlu dibimbing dengan baik dan teratur agar fikiran atau minda mereka serta aksi mereka akan mencerminkan rakyat Malaysia yang dinamik,rajin,berani,jujur,berintegriti serta nilai2 yang baik.Ini lah Rakyat Malaysia yang kita idami dan perlu untuk membina negara maju dan disanjungi orang bukan rakyat yang bersifat tamak,hipokrit,malas,tidak bermoral dan banyak lagi sifat2 yang hina lagi merosakkan inspirasi negara.

Siapa yang bertanggung jawab untuk membina Gen Y ini?

Ibu Bapa mereka yang paling penting untuk membina mereka ini kearah kebaikan dan kesejahteraan hudup!Ibu bapa mereka yang perlu ambil peranan,kepimpinan dan penat lelah dalam usaha membina anak anak mereka ke arah kebaikan ini.

Kemudian,peranan majikan mereka juga perlu diambil kira.Setiap Majikan perlu ada program Transformasi Diri untuk Gen Y ini seperti Program Orentasi Pekerja Baru,Latihan Kemahiran yang terbaik dan On The Job (OTJ) training.Hanya dengan latihan dan bimbingan berterusan setelah mendapat yang sama dari sekolah rendah dan menengah mereka serta dari Universiti atau Kolej mereka itu.

Membina seorang yang berakhlak baik,bijaksana dan semangat jati diri tidak boleh dibuat dalam masa 1 bulan atau 1 tahun tapi perlu banyak tahun atau pun berbelas tahun lamanya.Hanya dengan Istiqamah dan niat yang baik akan berjaya kita membina Rakyat Malaysia yang berwibawa,world class dan hebat prestasi mereka.

Segala pertanyaan hubungi Ramli di 019-2537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com

Didalam surat khabar akhir2 ini banyak cerita pasal nak satukan hati atau persahabatan UMNO dan PAS tapi masih nampak usaha2 ini masih “terbuntut” atau belum betul2 menjadi.Salah siapakah agaknya?

Ada yang mengatakan selagi ada Tok Guru Nik Aziz maka tiadalah dapat bersatu UMNO dan PAS dan ada juga yang mengatakan selagi Pemimpin2 UMNO sifat “bongkak” atau tidak mahu rendah diri selagi itu tak jadilah persatuan UMNO dan PAS!Mana yang benar atau tidak benar?

Ramli bukanlah ahli parti berdaftar samaada UMNO dan PAS tapi Ramli selalu hadir di perhimpunan atau seminar anjuran UMNO dan juga PAS.Ramai kawan Ramli menjadi YB di Parlimen atas platform UMNO dan PAS.

Mungkin ramai orang Melayu macam Ramli juga sayang parti UMNO dan sayang parti PAS!Apa perlu dibuat sekarang sebelum dua2 parti ini berkecai atau merudum tidak ada taring lagi macam DAP atau lain2 parti bukan Melayu?

Seperti yang Ramli faham komposisi orang Melayu adalah hampir 60% jumlah penduduk Malaysia yang seramai 28 juta orang ini.Jika dikira dari peratusannya pastilah Melayu akan berkuasa selama2nya kerana komposisi 60 % itu sama jua di Indonesia dimana Orang Suku Jawa adalah majoriti dari suku bangsa2 yang lain seperti Minangkabau,Aceh atau lain2nya.Jadi Presiden Indonesia selalu patutlah dari suku orang Jawa bukan yang lain2 minoriti itu.

Perdana Menteri Malaysia sepatutnya perlu dan pasti orang Melayu kerana Melayu adalah suku bangsa yang majoriti berbanding dari suku kaum Cina atau India atau lain2…

Mana boleh sebuah negara yang majoriti orang Melayu di ketuai oleh Bangsa atau Kaum lain seperti Cina atau India mesti ada tidak puas hati atau tidak setuju dari pihak orang Melayu yang telah memerintah sejak datuk nenek mereka lagi!

Di USA mungkin lain cerita atau keistimewaannya pula.Macam mana Presiden Barrack Obama dilantik atau dibenarkan jadi Presiden AS walaupun beliau bangsa kulit hitam?Tapi di AS,mereka sudah lama ketepikan isu2 perkuaman dan itulah keistimewaan USA dari negara2 lain seperti Malaysia!Mungkin apabila 1Malaysia menjadi realiti sebenarnya maka barulah sesiapa dari Rakyat Malaysia akan dibenarkan atau ada hak menjadi PM jika dipilih atau parti berkuasa perlu melantik seorang ketua menjadi PM.Sekarang,Malaysia tidak bersedia masih rakyat Malaysia membezakan diri mereka sebagai orang Melayu,Cina dan India dan lain2 bangsa suku adanya…

Jadi,perlulah Melayu di UMNO dan Melayu di PAS bersatu hati dan bekerjasama untuk kepentingan bangsa,agama dan negara Malaysia yang sangat2 disayangi.Bagaimana untuk berjaya sebagai Satu Bangsa Melayu,maka ingat Allah SWT dan Rasullullah SAW dan Islam menjadi asas sebagai penyatuan satu Umat (Jemaah) untuk mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT selalu.Inshallah.

Banyak perlu di buat atau istilah Ramli perlu di “REVOLUSI AKSIkan” dan ini hanya akan berlaku apabila Pemimpin2 UMNO dan PAS faham apa itu pentingnya Penyatuan Jemaah dan Usaha untuk Islam Hakiki bukan untuk kepentingan pribadi atau kaum keluarga atau kroni2 sendiri.Kita hidup untuk akhirat sebenar2nya dan dunia ini hanya sekilas mata dan permainan iblis yang suka melalaikan manusia kejalan yang sesat dan merugikan.Umat Islam perlu kerja keakhiratan dan cita2 mati dalam husnul khatimah supaya syurga menjadi destinasi sebenarnya bukan akan dicampakkan ke api neraka yang sungguh dahsyat itu.

Bersatulah untuk kemenangan Melayu pada PRU13 dan pastikan kesinambungan kepimpinan Melayu Islam untuk sentiasa mendapat rahmat dan keampunan dari Allah SWT.

Pada tahun 2012 ada kemungkinan besar Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13 akan di laksanakan untuk memilih barisan pemimpin baru baik di Kawasan Parlimen dah Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia.Kerajaan Baru Persekutuan akan juga di lantik berdasarkan Parti Politik yang berjaya mendapat kerusi yang terbanyak di Parlimen serta Kerajaan Negeri Negeri di Malaysia akan juga dilantik berdasarkan Kerusi Kerusi ADUN yang berjaya di gondol oleh Parti Politik yang bertanding.Siapa akan kekal dan siapa akan kecundang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13)nanti?Jawapannya masih jauh dari pandangan mata kita tetapi bagi Parti Parti Politik yang bertanding dimana ada yang akan cuba kekalkan kekuasaan mereka dan ada juga akan menjadi pembangkang dan bersedia untuk menang kembali kerusi yang telah hilang dahulu semasa PRU12 akan atau sudah mula mengatur strategi mereka untuk berjaya dalam PRU13 ini.Tahun 2012 bukan lah lama sangat bak kata orang klip klap klip klap sudah pun tiba tahun 2012 nanti.

Bagi Ramli yang setia menjadi pengundi setela layak menggundi sejak umur capai 21 tahun lalu akan sentiasa membuat analisa dan cuba mengenalpasti siapakah calon calon yang terbaik untuk di undi menjadi Wakil Rakyat kita samaada di Peringkat Parlimen atau Negeri.

Tahun 2012 mungkin peratus penggundi baru iaitu umur 21 tahun ke atas dan juga penggundi Gen Y dan X iaitu yang berumur linkungan 21 hingga 25 serta 26 hingga 35 adalah sangat ramai  dan mereka ini mungkin akan menjadi penentu kepada Parti Politik yang mana akan kekal kekuasaan mereka nanti.Jika Parti Parti Politik baik dari Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat tidak peka atau prihatin akan situasi demografi peratusan penggundi penggundi baru ini mingkin akan menyesal nanti jika Parti mereka kalah atau tidak berjaya mengekalkan kekuasaan mereka atau kalah dalam PRU13 nanti!

Adakah perlu suatu Parti Politik Baru (3rd Factor or the Third Voice) ini di wujudkan segera?Parti Politik atau Barisan Baru dimana sesiapa yang tidak “happy” dengan BN atau PR akan menjadi ahli Parti Politik Baru ini?Adakah Parti Politik Baru ini RELEVAN pada PRU13 nanti?Siapa yang akan menjadi Ketua atau Pemimpin Agung nya (Master Mind) atau Barisan “Team” nya yang akan bersama dengan Master Mindnya bergerak cepat,waras dan memenuhi cita cita rakyat yang mungkin dah bosan menggundi parti Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang ada sekarang ini?

Apa akan berlaku jika ramai peratus Rakyat ingin wujudnya Parti Barisan Politik 3rd Voice ini?Mesti BN atau PR akan panik dan binggung yang sesuatu Parti yang di tubuhkan atas initiatif Kreatif dan Inovatif dunia masa kini ini?Ini adalah perkara perkara yang mingkin berlaku pada PRU13 atau PRU14 dan “maybe” PRU15 nanti,kita tunggu dan lihat?

Rumusannya,jika sesuatu MP atau ADUN dan parti parti yang memerintah sekarang ingin kekal atau menjadi Johan Memperjuangkan Kepentingan Rakyat (Penggundi) mereka perlu segera (asap-as soon as possible) faham dimana kah prestasi mereka setakat ini dan apakah kelemahan dan kekuatan mereka serta apakah peluang dan cabaran mereka yang masih ada atau wujud untuk dilaksanakan sebelum tiba PRU13 nanti?

“Satisfied Rakyat will vote for U no matter what “story telling” you tell them” because in MGE13 atau PRU13,ramai penggundi penggundi baru adalah berpelajaran tinggi dan mereka mahu memilih calon calon yang baik,tulus,bijak,berdikari,mesra rakyat serta yang ada prinsip hidup tinggi dan juga alim beragama.Calon calon yang telah berjanji dulu pada PRU12 dan tidak menunaikan janji2 itu maka elok lah mereka buat “tindakan segera” serta perubahan mendadak agar peluang mereka kekal dalam kerusi mereka akan lebih terjamin dan selamat.Jika tidak elok tarik diri dan biar calon calon yang lebih bersedia,berkaliber dan berwibawa mengambil tempat mereka nanti di PRU13.

Ini adalah tinjauan dan fikiran Ramli sahaja,yang baik dan benar semua dari Allah SWT dan yang ada kelemahan adalah atas kelemahan Ramli sendiri.Ramli selalu suka membuat “continual improvement” dalam prestasi hidup,kerja dan semua perlakuan di dunia fana ini.Inshallah.

Wassallam.1Malaysia

Ramli Abu Hassan

hp:019-2537165

email: ramlipromoter@yahoo.com

Some videos to remind us the events of MGE12/PRU12 in 2008: