Posts Tagged ‘pilihan raya’

Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 akan datang lagi!

Soalannya adakah perlu kita kekalkan Pemimpin2 yang sediaada kepada yang baru,muda dan lagi kaliber?

Ramai Pemimpin2 Kanan masih berkuasa dan adakah patut mereka sekarang berundur diri dan berilah peluang yang lain berkuasa pula?

Tetapi adakah langkah ini wajar atau membina?Bolehkah Malaysia berada dalam kuasa aman dan damai?

Banyak soalan dan perlu banyak jawapan!

Fikir2 dan renung2 lah…

Ramli boleh dihubungi di 019-2537165 atau emel : ramlipromoter@yahoo.com

Pilihanraya Umum yang ke-13 mungkin pada 2012 (PRU 13)atau awal lagi akan membawa banyak impak dan harapan Malaysia kearah negara maju dan perjuangan untuk membawa Rakyatnya ke ekonomi yang terbaik,stabil dan kesejahteraan pada semua Generasi iaitu Gen Z,Gen Y,GenX,Baby Boomers,Senior Gen!

Tahun 2012 akan lihat ramai Gen Y ini mula mengundi kerana diMalaysia sesiapa yang mencapai umur 21 tahun layak mengundi di Pilihan Raya Umum Malaysia.

Golongan atau peratus Gen Y diMalaysia adalah sangat ramai sekarang dan jika parti2 politik tidak sedar akan faktor ini maka mereka akan menyesal kemudian kerana Gen Y akan membantu dalam menegakkan Kerajaan Baru pada PRU13.Undi mereka sangat dihargai dan diperlukan oleh parti2 politik.

Siapa kah Gen Y ini?

Mereka adalah anak2 muda kita yang baru tamat pengajian mereka di Universiti2 dan Kolej2.Mereka adalah “darah  muda” yang perlu dibimbing dengan baik dan teratur agar fikiran atau minda mereka serta aksi mereka akan mencerminkan rakyat Malaysia yang dinamik,rajin,berani,jujur,berintegriti serta nilai2 yang baik.Ini lah Rakyat Malaysia yang kita idami dan perlu untuk membina negara maju dan disanjungi orang bukan rakyat yang bersifat tamak,hipokrit,malas,tidak bermoral dan banyak lagi sifat2 yang hina lagi merosakkan inspirasi negara.

Siapa yang bertanggung jawab untuk membina Gen Y ini?

Ibu Bapa mereka yang paling penting untuk membina mereka ini kearah kebaikan dan kesejahteraan hudup!Ibu bapa mereka yang perlu ambil peranan,kepimpinan dan penat lelah dalam usaha membina anak anak mereka ke arah kebaikan ini.

Kemudian,peranan majikan mereka juga perlu diambil kira.Setiap Majikan perlu ada program Transformasi Diri untuk Gen Y ini seperti Program Orentasi Pekerja Baru,Latihan Kemahiran yang terbaik dan On The Job (OTJ) training.Hanya dengan latihan dan bimbingan berterusan setelah mendapat yang sama dari sekolah rendah dan menengah mereka serta dari Universiti atau Kolej mereka itu.

Membina seorang yang berakhlak baik,bijaksana dan semangat jati diri tidak boleh dibuat dalam masa 1 bulan atau 1 tahun tapi perlu banyak tahun atau pun berbelas tahun lamanya.Hanya dengan Istiqamah dan niat yang baik akan berjaya kita membina Rakyat Malaysia yang berwibawa,world class dan hebat prestasi mereka.

Segala pertanyaan hubungi Ramli di 019-2537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com