Posts Tagged ‘kaya raya’

Tahun 2010 akan berakhir tidak lama lagi dan kita semua sedang membuat penilaian diri masing2 seperti jumlah pendapatan kita setahun 2010 dan juga pencapaian kita dari aspek kerja,keluarga dan masyarakat.

Kalau nak jadi kayaraya jadi lah seorang ahli perniagaan samada kita menjual kain,buku,pasar malam,kontraktor,konsultan dan lain2 tapi bukan “makan gaji”.Ini adalah perkara benar kerana seorang yang makan gaji akan berpendapatan yang sederhana kerana risiko nya kurang dari yang berniaga yang perlu mengeluarkan modal wang yang banyak serta memastikan segala aspek perniagaan di kawal rapi dn berjalan dengan baik tanpa rugi atau bermasalah.

Pepatah Cina ada mengatakan dengan berniaga membolehkan pendapatan kita tanpa had seperti langit dan bekerja dengan orang pendapatan kita ada hadnya.Rasulullah saw ada bersabda iaitu 9/10 rezeki datang dari perniagaan.Mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew juga ada nasihat rakyatnya bahawa jika hendak jadi kayaraya maka jadilah seorang usahawan atau berniaga dan bukan bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

Di Malaysia masalah rasuah memang ditahap “teruk” dan indeks Rasuah Negara berbanding negara negara lain dunia juga tetap di taraf “tidak sihat” dan perlu dibanteraskan seberapa banyak yang boleh !

Indikator2 yang kita lihat sendiri di Malaysia adalah ramai yang berminat nak berpolitik dan memegang jawatan2 tinggi di kerajaan,kerana apa?

Mesti ada sesuatu “manisan” atau tarikan yang mengalakan ramai yang tertarik untuk berpolitik bukan setakat satu penggal (4-5 tahun) tetapi sampai beberapa penggal lama nya hingga yang ada 20-30 tahun lamanya,mengapa?

Menjadi ahli politik sepatutnya berhasrat untuk berkhidmat pada rakyat dan negara serta agama supaya negara jadi lebih aman,makmur dan sejahtera.

Setiap ahli politik  yang menjadi PM,TPM,Menteri,T.Menteri,Setiausaha Politik dan lain2 termasuk sebagai Ahli Parlimen,ADUN dan Senator akan mendapat aluan bulanan mereka dan bagi yang sudah kalah dalam pilihan raya atau tidak dipilih lagi dalam jawatan2 tersebut akan mendapat pencen mereka yang agak lumayan dan berkekalan semasa hayat mereka itu.

Walaupun demikian ada banyak bukti yang menunjukkan betapa kayaraya segelintir dari ahli2 politik Malaysia yang dengan pendapatan bulanan yang mencecah mungkin RM50,000 tetapi “style” hidup mereka macam jutawan2 dinegara kita!Mana mereka dapat duit2 yang banyak itu?Ramli tak perlu ceritakan,bukti2 nya ada diluaran dan lihatlah rumah2 mereka,kereta2 mereka,aset2 mereka serta “lifestyle2” mereka anak beranak?

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 (PRU13) akan datang ini Rakyat Malaysia perlu sedar diri berapa2 perkara yang tersebut ini:

  • Undilah calon2 politik yang jujur,benar,tidak rasuah,tinggi nilai2 diri dll
  • Berani menegakkan kebenaran dan jauhi dari mungkar dan nankir
  • Tidak gila harta-hanya cukup dengan gaji dan alaun jawatan mereka sahaja
  • Tidak gila jawatan dan sentiasa mencari peluang merebut jawatan2 lain pada hal kerja sekarang belum dilaksanakan dengan sepenuhnya
  • Pastikan janji2 mereka dipenuhi dan memuaskan rakyat yang memilih mereka kejawatan2 MP atau ADUN
  • dan banyak lagi….

Seperti nasihat Ustaz2 saya,adalah baik setiap yang berilmu,beramal dan beriman menjauhi dari 3 TA ini,iaitu:

1.jauhi dari WANITA yang bukan ahli muhrim kita-yang akan merosakkan iman dan kita hidup dengan dosa2 besar dan kecil

2.jauhi dari gila HARTA-yang membuat kita tamak dan suka “makan” harta orang lain atau ambil kesempatan mencuri harta yang bukan milik kita

3.jauhi dari gila TAKHTA-yang akan membuat kita gila kuasa dan sentiasa ingin memegang jawatan tinggi tanpa memberi khidmat dan berjasa pada rakyat yang memilih kita

Ada juga Ustaz saya,yang menasihatkan iaitu apabila kita meninggal dunia,Allah SWT akan bertanya beberapa soalan pada kita,iaitu:

1.tentang umur kita-apa yang kita buat atau habiskan masa hidup kita semasa didunia ini

2.tentang masa muda kita-kemanakah kita menghabiskan masa muda kita

3.tentang harta benda kita -bagaimana kita mencari harta kita dan dimana dibelanjakan harta kita

4.tentang ilmu yang kita tahu -bagaimana kita amalkan nya

Adakah kita sebagai MUSLIM bersedia untuk mati dan menjawab semua soalan2 yang tersebut itu?Jika tidak bersedia,haruslah kita bersiap diri kita dengan amalan2 yang baik dan memastikan kita berjaya berjawab soalan2 tersebut dengan baik,benar dan memberi peluang untuk kita selamat dari azab api neraka yang sungguh dahsyat dan laknat itu.

Carilah ILMU yang banyak,AMAL segala yang ALLAH SWT tuntut itu serta BERIMAN setiap masa agar kita akhiri hidup kita dengan khusnul khatimah dan mendapat taufik dan hidayah dari Allah SWT.Inshallah.

SELAMAT TAHUN BARU 2011 MASIHI.

 

 

 

Pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi Islam ke-6 (6thWorld Islamic Economic Forum-WIEF) yang lepas,Ramli ada terdengar soalan dari seorang delegasi dari Amerika Syarikat yang berkata bahawa Imamnya di AS ada memberi nasihat padanya iaitu “when you chase for wealth your iman will be weak and vice versa.” Adakah ini benar atau realiti hidup dimana iman kita akan lemah apabila kita sibuk mengejar kekayaan hidup dan jika kita tidak mengejar kekayaan hidup maka iman kita boleh jadi kuat dan kita lebih “dekat” dengan Allah SWT!

No  Money No Honey! Tanpa Wang Kita Takde Kemewahan!

Dalam Abad ke -21 ini yang mempunyai hampir 7 Billion penduduk dunia,kehidupan kita sangat mencabar dan seperti “rat race” dan hanya yang berilmu,pintar,rajin,cepat dan ada pengalaman akan berjaya dalam hidup mereka yang ingin jadi kaya atau ada juga yang ingin jadi kaya-raya!

Dalam Kajian Status Kekayaan Penduduk di Asia baru baru ini yang Ramli ada ceritakan dalam Blog ini,terdapat ramai yang jadi Jutawan dinegara negara seperti Hong Kong,Singapore,Malaysia,China,India dan negara negara ASEAN.Malahan peratus “Millionaire per household” adalah telah meningkat sebanyak lebih 10% diSingapura dan Hong Kong dalam bancian penduduk negara2 tersebut.Ini bermakna dalam 10 orang di Singapura 1 adalah status Jutawan!

Bagaimana di Malaysia pula? Peratus Jutawan di Malaysia juga telah meningkat awal2 ini dan mengikut lapuran ekonomi dari ISIS peratus bilangan kaya dan miskin diMalaysia adalah hampir purata 80:20 iaitu 80% kekayaan Malaysia dikuasai oleh 20% penduduknya dan 80% bilangan penduduk Malaysia boleh dikatakan hidup dalam masalah kewangan yang tidak mencukupi atau cukup sara hidup yang selesa!

Yang kaya jadi bertambah kaya dan yang miskin perlu kerja lebih kuat dan kerap untuk menyara keluarga mereka yang semakin bertambah dan tidak selesa hidup mereka kerana kos kehidupan telah meningkat melambung dan ramai “urban poor” telah pun tercatit bersama yang “rural poor” itu.

Inilah soalan2 yang timbul dalam kehidupan kita dan sebagai seorang Muslim kita juga prihatin akan apakah sebenarnya matlamat atau misi hidup kita?Nak jadi kaya atau kaya raya atau nak jadi orang beriman (mukmin)yang taat pada perintah2 Allah SWT dari aspek kepercayaan kita yang kita lafaz,dari aspek keimanan yang kita simpan dihati serta dari aspek keimanan kita yang kita praktikkan setiap hari dalam kehidupan kita ini!

Kita perlu mencari jawapan2 arah kehidupan ini dalam diri kita dahulu dan apabila kita sudah faham,bersedia dan berani dalam membuat komitmen kita yang jelas dan istiqamah itu barulah misi kehidupan kita akan menjadi cerah dan berwibawa kerana kita telah berjaya memilih kekayaan,keimanan atau kedua2nya sekali dengan masa dan komitmen diri kita untuk mencapai matlamat2 kehidupan kita itu.Mungkin ramai nak hidup bahagia di Dunia dan juga diAkhirat.Inshallah.