Semalam seperti setiap hari di Masjid AnNadhah Islamiah (masjid khariah Ramli) di Jalan 18/42 Shah Alam,kuliah agama bersama Ustaz Uda Kassim telah memberi pengajaran yang baik akan apa kita perlu laksanakan atau beri tumpuan dalam hidup kita agar kita menjadi Ahli2 Syurga pada Kiamat nanti apabila Allah SWT menghisab atau mengukur amalan2 baik kita seperti pahala2 yang ada,amal jariah sedeqah kita,mendidik anak2 yang soleh dan banyak lagi amalan2 positif daripada negatif?
Ustaz Uda Kassim adalah antara satu2 nya Ustaz di Masjid Nadhah ini yang mengajar secara bersiri setiap minggu dengan berpandukan Kitab Fi Zilalil Quran (di bawah bayangan Al-Quran) karangan AsSyahid Syed Qutb-Jilid 17.
Ramai jemaah yang istiqama menghadiri kuliah2 Ustaz Uda Kassim yang sentiasa mengajar penuh semangat,dedikasi,banyak membawa cerita2 Rasulullah dan Sahabat2 serta pengajaran2 yang kita boleh dapati dari memahami Kitab ini.
Semalam Ustaz menceritakan bagaimana Allah SWT tidak memandang berat akan hal2 dunia pada hamba2nya malahan hari akhirat adalah apa manusia perlu fokus dan samada bekalan2 untuk akhirat mencukupi untuk segala ujian2 akhirat nanti.Jika banyak pahala atau amalan baik didunia maka Inshallah lah akan selamat kita dalam hisab akhirat nanti.Bak kata sehari di akhirat adalah selama 50,000 tahun di dunia!
Ustaz juga mencerita kes Madrasah nya dimana Ustaz telah berjaya mendidik seorang muridnya yang tidak pandai langsung mengaji kitab dan hal2 agama dan setelah bertungkus lumus selama 2 tahun mendidik penuh kasih sayang seperti anaknya sendiri akhirnya murid ini yang telah berjaya qatam belajar kitab dan boleh pula mengajar telah MENGHILANG DIRI (LESAP) DENGAN IBUBAPANYA dan tidak langsung beritahu Ustaz akan pemergiannya itu!
Ini lah yang membuat Ustaz sedih dan seperti kata Ustaz “masih berdarah dalam hatinya” akan betapa sedihnya murid kesayangannya telah pergi sekelip mata tanpa apa sebab yang sebenarnya!Ustaz berharap agar situasi begini tidak akan berlaku lagi pada dirinya dan berharap agar ibubapa akan lebih bersifat tanggungjawab dan hormati Ustaz2 Madrasah atau dimana2 tempat pengajian pun.
Ustaz juga mengatakan betapa benarnya Manusia sekarang hanya lihat kebendaan atau materialis sahaja dan jika mahu mencari menantu mereka lebih suka mendapat menantu yang berduit,kerja pangkat tinggi,kereta besar2,rumah besar2 dan macam seorang Ustaz atau Hafiz tidak lah laku atau di gemari!Sungguh malangnya nasib umat2 sekarang yang meletak harta kemewahan dari iman dan taqwa dalam fomus hidup mereka.Itu lah sebab manusia mengejar apa yang mereka lihat atau nampak bukan yang tidak nampak seperti akhirat,pahala,iman,taqwa dan budi baik.
Dunia ini BUSUK bagai bangkai!
Dunia ini tidak ada apa2 pada Allah SWT maka tumpuan lah kepada Akhirat!
Seperti kata2 nasihat Imam AlKadir Jalani yang pernah menyebut:
Wahai ahli2 dunia
Kamu kejar Dunia,
Dunia yang kamu kejar
sedang kejar Ahli2 Akhirat!
Semoga Allah SWT menganugerahkan kita Hidayah dan Keselamatan Dunia dan Akhirat!
Salam dari Ramli +6-0192537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com