Posts Tagged ‘80:20’

Prinsip Pareto (80:20) yang terkenal sejak awal 1900an ,telah memberi panduan pada pakar2 ekonomi akan status nisbah kekayaan disesebuah negara yang boleh dikenalpasti secara statistik.Alfredo Pareto seorang pakar ekonomi Itali telah berjaya menonjolkan alat pengukuran ini yang sekarang dikenali sebagai Pareto Diagram atau Pareto Principle.Dengan data2 yang sediaada,kita boleh melukis akan Rajah Pareto ini dan lihat faktor2 utamanya (vital few factors) yang mengimpak kepada jumlah peratusan yang banyak (selalunya hampir 80%) kepada keseluruhan data2 yang ada.Ini juga dipanggil “the vital few  and useful many factors” dalam Rajah Pareto tersebut.Jadi apa yang penting dan perlu diambil tindakan oleh Pengurusan?

Meniliti Rajah Pareto akan membantu kita untuk mengenal pasti “vital few” factors itu yang selalunya ada 3-4 faktor utama yang mengakibatkan outcome atau keputusan kepada lebih 80% masalah atau sesuatu keadaan yang kita kaji itu!

Selain dari faktor utama atau vital few itu adalah apa yang Dr.Juran (pakar Kualiti yang banyak mengaplikasikan dan mempopularkan kegunaan Rajah Pareto ini) dipanggil useful many factors yang tidak begitu penting dan boleh dilewatkan tindakan penambaikan atau menyelesaikan sebab2 terjadi masalah yang terpencil atau kecil2 itu.Fokus kita adalah VITAL FEW factors yang jika diteliti dan ambil aksi penambahbaikan atau menyelesaikan masalah akan membantu memperbaiki keadaan yang kita sedang usahakan atau ingin penjelasan yang baik dan tepat mengapa terjadinya situasi2 tersebut.Ini sebab mengapplikasikan ALAT ALAT KUALITI seperti Q7 atau M7 boleh banyak membantu pihak Pengurusan dan juga tenaga kerja yang beraksi secara TeamWork atau kumpulan seperti KIK atau ICC di Malaysia untuk membuat projek penambahbaikan serta menyelesaikan masalah di tempat kerja mereka dengan cemerlang dan membawa faedah ketara dan tidak ketara yang banyak.ILMU dari cara betul mengapplikasikan ALAT ALAT QC ini sangat baik tetapi malangnya sungguh sedikit tenaga kerja di pihak swasta dan kerajaan yang tahu menggunakannya dengan baik,meluas dan istiqamah!Jadi,masih banyak projek2 dari aspek QCDSME masih tidak diterokai dan masih kekal sebagai masalah tempat kerja dan ini semua akan membebankan pihak syarikat atau jabatan menanggung kos pembaziran,kurang prestasi produktiviti dan kualiti,tahap inovasi dan kreativiti yand rendah,tiada semangat kerja dari pekerja2 dan paling teruk sekali ialah tiada proses penambahbaikan atau membina modal insan dari daya inovasi dan kraetiviti dapat di hasilkan.Ini pasti tidak akan membantu usaha TRANSFORMASI PRESTASI MALAYSIA kearah EKONOMI TINGGI ATAU NEGARA MAJU!

Kekayaan di Malaysia nampaknya masih dikuasai oleh segelintir rakyatnya dan dengan wujudnya “Pendatang Asing” yang Professional Tinggi maka mereka ini mungkin sekarang menjadi Vital Few factor itu (20%) yang menguasai 80% kekayaan negara?Banyak hartanah2 yang nilai berjuta2 RM seunit berjaya dijual kepada golongan ELITE ini yang sedia mampu membeli pangsapuri yang mewah2 ini yang Ramli kenalpasti berharga tidak kurang RM 5 juta seunit dan ada yang mencecah harga puluhan juta RM juga mampu dibeli mereka!

Jangan lupa juga golongan “ORGANISED CRIME NETWORK” yang terdiri dari mereka yang melibatkan diri dalam sindikit2 judi,samseng,penyeludupan,dadah,segala tipu muslihat yang wujud dan banyak lagi kerja2 haram yand dilaknati Allah SWT seperti amalan rasuah .Mereka ini juga berjaya mengumpul harta yang banyak dan mereka juga antara golongan 20% tersebut yang berjaya memiliki harta2 mewah dan hidup dengan “lifestyle mewah” yang kita orang biasa tidak berjaya kenalpasti dan selagi mereka bebas dan tak ditangkap oleh pihak POLIS atau yang bertanggungjawab maka selama itulah mereka yang “jahat” ini akan berada dalam kelompok 20% ini.

Adakah semua rakyat Malaysia idamkan nak jadi kayaraya?Apa itu hidup dengan kayaraya?Adakah sasaran untuk mencapai PNK per kapita (2020) RM48,000 atau USD 15,000 dibanggakan atau tidak langsung?

Pencapaiann Sekarang PNK per kapita (2009) adalah RM23,700 atau USD 6,700.

Untuk mencapai status berpendapatan tinggi pada 2020,Malaysia mesti berkembang sebanyak 6.0% setiap tahun dari sekarang hingga 2020!Data2 ini adalah lapuran yang tercatit di Buku Lapuran Program Transformasi Ekonomi yang diedarkan oleh pihak PEMANDU.

Kemiskinan Tegar masih wujud diMalaysia dan jika usaha2 untuk membasmikan Taraf Kemiskinan di Malaysia tidak dilaksanakan dengan bijak,cepat dan menyeluruh maka ramai lagi akan menjadi miskin bukan setakat di luar bandar tetapi ramai lagi bilangan atau peratusnya di dalam bandar!

Kekayaan adalah dituntut oleh semua rakyat Malaysia yang bijak,dinamik dan berani tetapi kekayaan untuk “syok sendiri” tanpa ada perasaan atau semangat beramal jariah atau menginfakkan harta mereka kepada yang layak dibantu seperti GOLONGAN 8 ASNAF adalah tidak baik dan dikeji dalam Islam.Yang Kaya Raya perlu membantu yang Fakir Miskin dan jika proses bantu membantu ini berlaku setiap masa maka aman dan makmur lah negara kerana Allah SWT Merestui dan Mengrahmati hamba2 Nya dengan hidup dengan nilai2 murni ini.

Ini lah sebenar TRANSFORMASI DIRI untuk semua rakyat Malaysia yang sedar bahawa untuk jadi kaya perlu banyak kerja,fikiran waras dan membuat tindakan segera dan banyak serta mengamalkan nilai2 hidup yang baik dan memohon restu dari Allah SWT melalui solat harian 5 waktu dan amalan2 sunat yang sediaada itu.

Hubungi Ramli di hp:019-2537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com Profile: http://www.linkedin.com/in/ramlipromoter

 

Cakap tak serupa bikin!

Itulah ungkapan yang boleh di tuju kepada Top Mgmt di UMNO dan PAS dan PKR dll…

Peratus Melayu Islam yang lebih cenderung pada tanggung jawab mereka seperti solat 5 waktu,tak main(ambil skim) riba’,bermoral dan nilai murni nampak nya dalam porak puranda.Sungguh banyak cerita benar Melayu Islam yang buat hal dan kes jenayah setiap hari.Penceraian antara muda mudi dan tua bangka pun makin menjadi.Di Selangor DE dianggarkan berlaku perceraian 5-10 pasangan setiap hari.Bayangkan jumlah setiap tahun dan itu Selangor DE sahaja!

Ramli ingin syorkan agar Islam di ambil berat dan TRANSFORMASI kan lah sebaik2nya.

Jadikan peratus Melayu islam ramai kan masjid dan surau.Penuhkan saf dan solat waktu sama ramai seperti solat Jumaat!Boleh Ke?

Apa guna kita berekonomi tinggi tapi perangai dan iman macam “setan” atau macam bukan orang Islam pulak nampaknya.

Biar kita hidup penuh kesederhanaan tapi ilmu,iman dan amalan yg terbaik,istiqamah dan terbaik di “pandangan” Allah SWT!

Fikir2lah dan Renung2lah.Jangan berangan2 sahaja tapi REVOLUSI AKSI untuk kecemerlangan hidup sebagai orang Islam.

Inshallah.

Jika berminat,hubungi Ramli di hp:+6019-2537165 atau email:  ramlipromoter@yahoo.com