Apakah pengajaran sebenarnya dari menyambut ketibaan Nuzul Quran seperti esok hari 17 Ramadan 1433 Hijrah?Apa kata Ustaz Idris Abdullah dalam kuliah nya pada pagi ini 16 Ramadan 1433

Posted: August 5, 2012 in akhirat, al-quran, All about Islam
Tags: , , , , ,

Menghadiri majlis ilmu adalah sangat2 di tuntut dalam Islam dan bagi pengetahuan anda setiap kehadiran majlis ilmu seperti di Masjid mendapat ganjaran hampir 1000 solat sunat!Bayangkan betapa lama kita nak habis laksanakan 1000 solat sunat dan penuh kusyuk pulak?

Pada hari ini lepas solat subuh di Masjid Nadhah adalah giliran Ustaz Idris Abdullah untuk memberi Kuliah nya.Pada kali ini Ustaz fokus pada tajuk Nuzul Quran.

Ustaz Idris yang Ramli kenali begitu lama sejak Ustaz menjadi pengasas pada Mahad Tahfiz di Masjid Al-Jazirah (atau lebih dikenali sebagai Masjid Unta) seksyen 18,shah alam memang oenuh komitmen dalam mengajar,mentafsir dan mempopularkan semua aspek pasal Al-Quran NUr Karim.DEngan adanya Mahad Tahfiz di masjid Ustaz telah berjaya menghasilkan ramai murid Hafiz yang sekarang meneruskan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi dan bermakna pada Hafiz2 itu sendiri,keluarga mereka dan Islam sepenuhnya.

Ustaz juga telah berjaya membuat kajian Master Tesisnya akan status penduduk Seksyen 18 akan Budaya Membaca Al-Quran sepenuhnya.

Pada pagi subuh ini Ustaz bermula dengan mengatakan akan penting nya kita umat Islam membaca Al-Quran setiap hari.Seperti di Mesir,Ustaz telah kenal pasti akan tabiat orang2 Mesir baik tukang sapu jalan,pemoting daging,penjual sayuran,kerani,askar dan orang2 pencen semua akan membaca Al-Quran bila bila masa mereka ada.Al-Quran selalu di baca dimana2 seperti di masjid,rumah,dalam teksi,semasa naiki bas dan sambil duduk menunggu kawan seterusnya.Amalan Membaca Al-Quran sangat kuat di Mesir berbanding dengan kita di seksyen 18 atau Malaysia.Nasib baik Ulamak2 lama Malaysia telah suruh kita Baca Surah Yaasin pada setiap Malam Jumaat kalau tidak mungkin budaya membaca Al-Quran akan hilang dan tiada berkekalan.

Allah SWT akan membenarkan kita masuk Syurga dengan 8 pintu2 Syurga tetapi jika bukan orang yg bertaqwa maka amat susah lah kita nak masuk mana2 pintu syurga itu.Hanya bagi pembaca Al-Quran akan ada peluang baik untuk masuk syurga dan yang nikmat paling tinggi bagi pembaca Al-Quran di Syuga adalah berjaya menatap wajah Allah SWT.Inshallah.

Bulan Ramadan adalah sebenarnya Bulan Al-Quran.

Di negara2 arab seperti di Mesir,penduduk Islam akan Berkampung di Masjid2 mereka bila tiba 17 Ramadan (Nuzul Quran) untuk beribadat sebaik2nya dengan membaca Al-Quran seberapa banyak kali boleh Qatam dan berharap agar berjaya mendapat malam Lailatul Qadar (malam anugerah 1000 bulan)

Dalam usaha Iktikaf di masjid kita akan kita akan mendapat ganjaran menjauhi dari 3 parit dari api neraka dan 1 parit ibarat sejauh antara langit dan bumi.

Mengikut Ustaz Idris dalam kajian Master Tesisnya dahulu dia dapati masyarakat Seksyen 18 kurang membaca Al-Quran.Seperti bulan Ramadan ini macam di Masjid An Nadhah Islamiah hanya ada 3 kumpulan Tadarus Al-Quran (dalam 30 orang) membaca Al-Quran sampai Qatam berbanding dengan ramainya penduduk di kawasan Masjid An Nadhah Islamiah.Makna nya ratio membaca Al-Quran sangat rendah dena perlu sanagat di pertingkatkan lagi.

Ustaz ada syorkan agar menjadi amalan kita agar membaca 6 surah ini pada setiap hari seperti:

  • surah waqiah- 3 x
  • surah sajadah sebelum tidur
  • surah al-mulk
  • surah yaasin
  • surah Dhukhan
  • surah Ar-rahman

Pada ramadan ini,Ustaz ada beritahu betapa hebatnya penduduk di seksyen 7 masjid Raudhah Solihin dimana mereka telah menjemput Qari Mesir untuk menjadi Imam dalam sunat terawih mereke yang akan membaca setiap juzuk setiap hari dan juga membantu mendengar,memperbaiki dan mengajar penduduk sana akan cara2 terbaik dan sempurna dalam sesi2 tadarus mereka pada bulan Ramadan ini.Walupun mereka membayar RM5000 pada Qari Mesir itu tetapi impak,hasil dan barakahnya sangat banyak pada semua yang terlibat.Ramai juga penduduk sana yang ingin sponsor pada Qari Mesir itu dari kos penerbangan,kutipan wang tambahan dan lain2 lagi.

Ustaz ada mengajar juga akan HAK HAK AL-QURAN iaitu:

1.Beriman dengan Al-Quran.

2,Membaca Al-Quran-ada ketua askar Yahudi pernah kata pada Umat Islam di palestine bahawa mereka tidak gentar dengan orang islam kerana ramai yg tak membaca Al-Quran dan kurang memahami akan kandungan Al-Quran apatah lahi mengamalkan nya.jika solat subuh orang islam tak seramai seperti solat jumaat seperti zaman Rasulullah SAW dan Sahabat2 r.a. maka selagi itu lah pihak Yahudi tak gentar atau takut pada Umat Islam.

3.Memahami Al-Quran-apakah cerita utama dam surajh Al-baqarah atau surah atau Al Kafi?inilah pentingnya kita memahami Al-Quran dengan membaca Tafsir2 nya

4.Mengamalkan akan apa yg di baca dan diajar oleh Al-Quran

5.Mmemelihara atau Menghafal Al-Quran

6.Belajar dan Mengajar Al-Quran

Ini adalah 6 perkara dalam Hak2 Al-Quran.

Ustaz juga tanya akan apakah kehebatan di Masjid AnNadhah setakat ini?

Adakah dengan ramainya Hafiz2 atau pembaca Al-Quran setiap hari dan lain2 faktor?

Ini lah pentingnya Nuzul Quran yang kita sambut setiap tiba nya 17 Ramadan terutamanya penghayatan kita akan Hak2 Al-Quran dan Tahap Ketakwaan kita?

Inshallah,Ustaz sangat syorkan semua para hadirin agar selalu Baca,Baca,Baca Al-Quran setiap hari agar peluang kita masuk Syurga sangat baik dan terjamin.

lihat dari YouTube akan bacaan Al-Quran:

Leave a comment