Posts Tagged ‘MGE12’

Pada tahun 2012 ada kemungkinan besar Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13 akan di laksanakan untuk memilih barisan pemimpin baru baik di Kawasan Parlimen dah Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia.Kerajaan Baru Persekutuan akan juga di lantik berdasarkan Parti Politik yang berjaya mendapat kerusi yang terbanyak di Parlimen serta Kerajaan Negeri Negeri di Malaysia akan juga dilantik berdasarkan Kerusi Kerusi ADUN yang berjaya di gondol oleh Parti Politik yang bertanding.Siapa akan kekal dan siapa akan kecundang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13)nanti?Jawapannya masih jauh dari pandangan mata kita tetapi bagi Parti Parti Politik yang bertanding dimana ada yang akan cuba kekalkan kekuasaan mereka dan ada juga akan menjadi pembangkang dan bersedia untuk menang kembali kerusi yang telah hilang dahulu semasa PRU12 akan atau sudah mula mengatur strategi mereka untuk berjaya dalam PRU13 ini.Tahun 2012 bukan lah lama sangat bak kata orang klip klap klip klap sudah pun tiba tahun 2012 nanti.

Bagi Ramli yang setia menjadi pengundi setela layak menggundi sejak umur capai 21 tahun lalu akan sentiasa membuat analisa dan cuba mengenalpasti siapakah calon calon yang terbaik untuk di undi menjadi Wakil Rakyat kita samaada di Peringkat Parlimen atau Negeri.

Tahun 2012 mungkin peratus penggundi baru iaitu umur 21 tahun ke atas dan juga penggundi Gen Y dan X iaitu yang berumur linkungan 21 hingga 25 serta 26 hingga 35 adalah sangat ramaiĀ  dan mereka ini mungkin akan menjadi penentu kepada Parti Politik yang mana akan kekal kekuasaan mereka nanti.Jika Parti Parti Politik baik dari Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat tidak peka atau prihatin akan situasi demografi peratusan penggundi penggundi baru ini mingkin akan menyesal nanti jika Parti mereka kalah atau tidak berjaya mengekalkan kekuasaan mereka atau kalah dalam PRU13 nanti!

Adakah perlu suatu Parti Politik Baru (3rd Factor or the Third Voice) ini di wujudkan segera?Parti Politik atau Barisan Baru dimana sesiapa yang tidak “happy” dengan BN atau PR akan menjadi ahli Parti Politik Baru ini?Adakah Parti Politik Baru ini RELEVAN pada PRU13 nanti?Siapa yang akan menjadi Ketua atau Pemimpin Agung nya (Master Mind) atau Barisan “Team” nya yang akan bersama dengan Master Mindnya bergerak cepat,waras dan memenuhi cita cita rakyat yang mungkin dah bosan menggundi parti Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang ada sekarang ini?

Apa akan berlaku jika ramai peratus Rakyat ingin wujudnya Parti Barisan Politik 3rd Voice ini?Mesti BN atau PR akan panik dan binggung yang sesuatu Parti yang di tubuhkan atas initiatif Kreatif dan Inovatif dunia masa kini ini?Ini adalah perkara perkara yang mingkin berlaku pada PRU13 atau PRU14 dan “maybe” PRU15 nanti,kita tunggu dan lihat?

Rumusannya,jika sesuatu MP atau ADUN dan parti parti yang memerintah sekarang ingin kekal atau menjadi Johan Memperjuangkan Kepentingan Rakyat (Penggundi) mereka perlu segera (asap-as soon as possible) faham dimana kah prestasi mereka setakat ini dan apakah kelemahan dan kekuatan mereka serta apakah peluang dan cabaran mereka yang masih ada atau wujud untuk dilaksanakan sebelum tiba PRU13 nanti?

“Satisfied Rakyat will vote for U no matter what “story telling” you tell them” because in MGE13 atau PRU13,ramai penggundi penggundi baru adalah berpelajaran tinggi dan mereka mahu memilih calon calon yang baik,tulus,bijak,berdikari,mesra rakyat serta yang ada prinsip hidup tinggi dan juga alim beragama.Calon calon yang telah berjanji dulu pada PRU12 dan tidak menunaikan janji2 itu maka elok lah mereka buat “tindakan segera” serta perubahan mendadak agar peluang mereka kekal dalam kerusi mereka akan lebih terjamin dan selamat.Jika tidak elok tarik diri dan biar calon calon yang lebih bersedia,berkaliber dan berwibawa mengambil tempat mereka nanti di PRU13.

Ini adalah tinjauan dan fikiran Ramli sahaja,yang baik dan benar semua dari Allah SWT dan yang ada kelemahan adalah atas kelemahan Ramli sendiri.Ramli selalu suka membuat “continual improvement” dalam prestasi hidup,kerja dan semua perlakuan di dunia fana ini.Inshallah.

Wassallam.1Malaysia

Ramli Abu Hassan

hp:019-2537165

email: ramlipromoter@yahoo.com

Some videos to remind us the events of MGE12/PRU12 in 2008: