UMNO bukanlah sangat “jahat” dan PAS bukanlah sangat “baik”!Apa makna ini semua?sila teruskan…

Posted: February 7, 2011 in All about Islam, All about Malaysia, all about ramli's writings, politics
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Semasa Ramli menunggu hendak menunaikan solat asar di masjid khariah Ramli yang hanya 150 langkah dari rumah Ramli,ada terfikir akan perkataan2 ini iaitu “bukanlah UMNO itu jahat sangat dan  PAS itu baik sangat”.Mengapa terfikir begini?Apakah mesej sebenarnya?

Ramli baru saja menerima pelawaan dari Y.Bhg Datuk Izat Emir untuk menjadi ahli groupnya di UMNO PJ Selatan  di FB dan Ramli telah pun klik bersetuju untuk menyertai laman blognya itu.

Di Shah Alam,Ramli juga mempunyai kawan karib semasa sekolah menengah lagi iaitu SASPJ dimana Y.B.Tuan Hj.Khalid Samad adalah Ahli Parlimen Shah Alam yang mewakili Parti PAS.

Jadi apakah perkara yang penting disini?

Y.Bhg Datuk Izat dengan UMNO nya dan Y.B.Tuan Hj.Khalid dengan PAS nya!

Sebagai Orang Melayu,Ramli perlu menjaga kepentingan Orang Melayu yang mempunyai hampir 60% penduduk Malaysia dan jika Orang Melayu tidak memahami kepentingan peratus majoriti ini maka agak susah lah pentadbiran negara yang perlu dikuasai oleh Orang Melayu kita selama ini.Adakah Malaysia sudah bersedia untuk membenarkan seorang pemimpin Cina atau India atau lain2 kaum di Malaysia yang sebenarnya berhak untuk menerajui Kerajaan jika majoriti rakyat memilihnya!Ini adalah seperti Barrack Obama dimana kaum putih telah bersedia untuk menerima Presiden baru mereka walupun Obama asal usulnya adalah dari kaum hitam atau pihak minoriti AS.

Di Indonesia,Ramli fahami iaitu pihak bangsa Jawa adalah majoriti dan pihak lain2 seperti Minangkabau,Aceh,Batak,Bugis dan lain lain adalah pihak minoriti.Jadi seorang Bangsa Jawa adalah perlu menerajui sebagai Presiden Indonesia kerana mewakili bangsa majoriti Indonesia khususnya seperti Presiden Sukarno,Presiden Suharto dan yang lain2 itu termasuk Bapak Presiden terkini.

Adakah patut kita gelar UMNO bukanlah sangat jahat dan PAS bukanlah sangat baik?

Marilah kita lihat fakta2 nya dan bukan auta2nya!

Faktanya adalah kerana Rakyat tak puas hati dengan pentadbiran pihak BN khususnya pihak UMNO maka PRU12 telah menyaksikan banyak negeri “tumbang” dan jatuh ketangan BA seperti Selangor,Perak,Kedah,Pulau Pinang!Kelantan tetap dimenangi oleh pihak BA itu PAS.

Pada PRU13 yang akan datang ini,adakah banyak lagi negeri akan tumbang dan diambil kuasa oleh pihak BA khususnya pihak PAS?Adakah PM baru akan dari Pemimpin Atasan PAS?Ini semua adalah perkara2 yang hanya Allah SWT ketahui sahaja!

Jadi apa perlu dibuat jika hendak kekalkan Orang Melayu memimpin Malaysia?

Melayu perlu bersatu dan memberi sokongan padu dan kekal agar Pemimpin Melayu dipilih sebagai Wakil Rakyat (MP) dan ADUN!Tetapi adakah MP dan ADUN sekarang orang yang berwibawa dan bukan jenis “rasuah” atau pentingkan “poket sendiri” sahaja?

Gaji MP dan ADUN mungkin antara RM 25,000 atau lebih sedikit sebulan tetapi bila kita lihat dengan mata sendiri mereka mempunyai aset2 yang berjuta2 atau sangat banyak maka banyaklah tanda tanya atau syak wasangka akan berlaku?Dimana datangnya kelebihan wang atau aset2 ini?apakah biznes mereka?adakah mereka melantik “kroni2” atau “balachi2” mereka untuk mengaut harta yang sungguh banyak dan lumayan ini?Ini mungkin fakta atau hanya auta sahaja?

Jadi yang penting SEKARANG ialah orang Melayu perlu diberi keyakinan dan penjelasan yang baik agar mereka boleh percaya akan kewibawaan PEMIMPIN2 MELAYU baik dari UMNO atau PAS akan ketulusan dan kewibawaan mereka sebagai MP atau ADUN atau yang akan dipilih untuk calon MP dan ADUN nanti d PRU13.

Apa akan jadi jika tiada tersohor mana2 pemimpin Melayu yang di lihat dinamik,prestasi tinggi dan wibawa?Adakah Orang Melayu akan pilih calon2 bukan Melayu seperti orang Cina atau India atau lain2 bangsa di Malaysia ini?

Bolehkah kita percayai “nawaitu” yang baik akan bangsa2 lain ini memimpin Malaysia?Seperti Saudara David Teo-seorang Cina tetapi berjaya mengaut banyak untung hasil dari penerbitan filem2 Melayunya atau boleh juga dikenalpasti Filem 1Malaysia nya?ramai artis2 Melayu ingin sangat bekerja dengan Saudara David Teo mungkin kerana layanan sangat baiknya dan ingin berkongsi keuntungan syarikatnya apabila filem2 nya mengaut berjuta2 Ringgit dari tayangan2 nya diseluruh negara dan mungkin luar negara juga.Rumah2 besar serta kereta2 mewah dan lain2 lagi telah dihadiahkan oleh Saudara David Teo pada pelakon2nya dan krew2 filem nya yang terlibat.Itulah kelebihan seseorang yang baik dan pandai menjaga hati pekerja2nya termasuk penonton2 dan pihak kerajaan!

UMNO sangat jahat dan PAS sangat baik adalah ungkapan sahaja yang penting nya SEDARLAH DIRI SEKARANG sebelum terlambat dimana segala auta2 menjadi fakta2 yang benar dan boleh dipercayai yang ungkapan2 itu betul dan suatu realiti!

Semua yang terlibat perlu SEDAR DIRI DAN TRANSFORMASI KEARAH KEBAIKAN DAN MENDAPAT RESTU ALLAH SWT supaya kita akan dianugerah segala kebaikkan didunia dan diakhirat nanti.Inshallah.

banyak lagi nak diceritakan oleh Ramli,harap tunggulah apabila Ramli kembali selalu dari Masjid menunaikan Solat2 waktunya!

Adakah anda sudah bersolat waktu dan ditunaikan setiap hari sampai mati…jangan lupa,Ustaz sudah berpesan iaitu MATI ITU SATU KEPASTIAN so…jadilah Manusia yang BERILMU,BERIMAN,BERAMAL agar ALLAH SWT akan anugerahkan kita dengan Jannah atau Syurga yang terbaik.INSHALLAH.

Hubungi Ramli di 019-2537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com

Yang Baik Dari ALLAH SWT dan yang tak baik adalah kelemahan Ramli sendiri.

 

 

Leave a comment